• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Jenama Apple

Amazon kantoi tersenaraikan Beats Studio Buds+, bakal dilancar pada Mei 2023 dengan reka bentuk lut sinar

  • OLEH Putra Aziz
  • 8:06 pm
  • 26/04/2023
  • Komen
Amazon kantoi tersenaraikan Beats Studio Buds+, bakal dilancar pada Mei 2023 dengan reka bentuk lut sinar
Share on FacebookShare on Twitter

Apple mungkin melancarkan fon putik terbaru Beats setelah ia dilihat tersenarai di Amazon. Fon putik tersebut adalah Beats Studio Buds+, varian terbaru berasaskan Beats Studio Buds yang dilancarkan pada tahun 2021. Penyenaraian di Amazon melihatkan ciri terbaru dan beberapa perubahan yang telah dilakukan kepada fon putik tersebut.

Mengikut senarai di Amazon, Beats Studio Buds+ akan mula dijual pada 18 Mei dengan harga 169.95 USD (~757.47). Halaman tersebut juga mendedahkan ia akan tersedia dengan reka bentuk lut sinar, menampakkan perkakasan dan teknologi di dalamnya seperti fon putik Nothing Ear 1 dan 2. Selain lut sinar, ia akan tersedia dalam warna Hitam dan Putih.



Tambahan pula, berbanding Beats Studio Buds yang asal, Beats Studio Buds+ terbaru akan dimuatkan mikrofon 3 kali ganda lebih besar, pengudaraan yang lebih baik, menampilkan kuasa pembatalan hingar 1.6x lebih aktif dan mod Ketelusan 2x lebih jelas. Penggunaan bateri juga lebih panjang sehingga 36 jam masa mendengar bersama sarung, berbanding 24 jam pada Studio Buds asal.

Ia juga dilengkapkan dengan ciri kalis percikan air IPX4 dan didatangkan dengan empat pilihan tip telinga iaitu XS, S, M dan L untuk lebih disuaikan pada kebanyakan telinga. Lebih menarik, fon putik terbaru ini mempunyai sokongan ciri audio ruang (spatial).



Walau bagaimanapun, Beats Studio Buds+ tidak mempunyai cip H1 Apple seperti yang terdapat di AirPods dan Beats Fit Pro yang lebih premium. Namun, ia masih serasi digunakan pada kedua peranti iPhone dan Android serta menawarkan ciri sambungan dengan satu sentuhan, penukaran peranti secara automatik, sokongan Hey Siri dan Find My.

Amazon nampaknya telah menyah-senarai fon putik tersebut dari halaman mereka. Ia juga masih tidak diketahui bila Apple akan mengumumkannya secara rasmi, tapi kelihatan ia akan dilancar pada bulan hadapan.

[Sumber: MacRumors]

Tags: applebeatsbeats studio budsbeats studio buds+
Putra Aziz

Putra Aziz

POPULAR

Amazon kantoi tersenaraikan Beats Studio Buds+, bakal dilancar pada Mei 2023 dengan reka bentuk lut sinar

Amazon kantoi tersenaraikan Beats Studio Buds+, bakal dilancar pada Mei 2023 dengan reka bentuk lut sinar

26 April 2023
Penggabungan Maxis-U Mobile: Apa kesannya kepada pengguna di Malaysia?

Penggabungan Maxis-U Mobile: Apa kesannya kepada pengguna di Malaysia?

2 November 2026
RedMagic tawar tablet gaming Astra 2 versi rasmi SIRIM di Malaysia dari RM3,399

RedMagic tawar tablet gaming Astra 2 versi rasmi SIRIM di Malaysia dari RM3,399

31 October 2026
Tuju akhirnya “baiki” isu navigasi di Android dengan cara yang sangat menarik

Tuju akhirnya “baiki” isu navigasi di Android dengan cara yang sangat menarik

3 November 2026
Honor Pad X7b, tablet 4G mampu milik dengan skrin 2K & bateri 8,000mAh kini di Malaysia

Honor Pad X7b, tablet 4G mampu milik dengan skrin 2K & bateri 8,000mAh kini di Malaysia

30 October 2026
CelcomDigi dan ZK Racing Team bekerjasama lahirkan generasi baharu pelumba Malaysia

CelcomDigi dan ZK Racing Team bekerjasama lahirkan generasi baharu pelumba Malaysia

29 October 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN