• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Penggunaan Telegram diharamkan di Brazil buat kali kedua, kenapa?

  • OLEH Putra Aziz
  • 2:37 pm
  • 28/04/2023
  • Komen
Telegram wujudkan ciri Auto-delete, pengguna boleh tetapkan waktu mesej terpadam sendiri
Share on FacebookShare on Twitter

Pengguna Telegram di Brazil mungkin perlu mencari alternatif aplikasi pemesejan lain setelah Telegram diharamkan di Brazil, buat kali kedua. Mahkamah tempatan Brazil telah menggantung Telegram atas sebab menolak permintaan Mahkamah untuk mendedahkan data peribadi seorang pengguna yang telah berkongsi mesej berbaur kebencian melampau.

Data tersebut diminta oleh mahkamah selepas siasatan mendedahkan seorang remaja yang merupakan sebahagian daripada kumpulan mempromosikan kebencian di Telegram, telah bertanggungjawab ke atas insiden tembakan besar-besaran yang berkalu di sebuah sekolah di Brazil. Ini bukan kali pertama Telegram berhadapan masalah dengan kerajaan dan pihak berkuasa atas dasar polisi Telegram untuk tidak masuk campur dengan apa yang dikongsikan penggunanya di platform tersebut.



Untuk maklumat anda, tahun lepas platform tersebut telah digantung kerana tidak mematuhi arahan pihak berkuasa untuk menghalang perkongsian berita palsu dan kandungan berbahaya. Telegram walaubagaimanapun memutuskan untuk bekerjasama dengan pihak berkuasa Brazil, dan aplikasi tersebut kembali beroperasi setelah 48 jam tidak beroperasi.

Bagi situasi di Brazil kali ini, pengasas Telegram, Pavel Durov berkata, data yang dipohon oleh mahkamah Brazil adalah “mustahil dari segi teknologi” untuk diperolehi. Dia juga mengatakan Telegram sudah pun meninggalkan negara seperti China, Iran, malah Russia, negara platform itu dicipta disebabkan undang-undang tempatan.



Brazil mungkin adalah negara seterusnya di tambah dalam senarai tersebut. Menurut Pavel lagi, meninggalkan negara adalah “lebih baik daripada pengkhianatan terhadap pengguna kami dan kepercayaan yang kami asaskan”.

Oleh itu, kebanyakan pengguna Brazil sekarang tidak boleh menggunakan Telegram tanpa VPN atau pelayan proksi kerana mahkamah Brazil telah mengarahkan penyedia perkhidmatan internet negara tersebut untuk menyekat akses kepada aplikasi itu. Namun begitu, aplikasi Telegram masih tersedia di App Store dan Play Store di Brazil, walaupun mahkamah telah menuntut Apple dan Google untuk mengeluarkan aplikasi itu dari gedung masing-masing.

Buat masa sekarang, Telegram memaklumkan mereka sedang membuat rayuan terhadap keputusan mahkamah Brazil. Sedang proses itu berjalan, aplikasi tersebut terus tidak akan tersedia di Brazil sehingga pertikaian ini berakhir.

[Sumber: 9to5Mac]

Tags: telegram
Putra Aziz

Putra Aziz

POPULAR

BUDI95: Kenapa jumlah di pam RON95 lebih tinggi dari bayaran sebenar? Ini sebabnya

BUDI95: Kenapa jumlah di pam RON95 lebih tinggi dari bayaran sebenar? Ini sebabnya

1 October 2025
Xiaomi 17, 17 Pro & 17 Pro Max dilancar: Bateri 7,500mAh, kamera Leica & skrin belakang baru

Xiaomi 17, 17 Pro & 17 Pro Max dilancar: Bateri 7,500mAh, kamera Leica & skrin belakang baru

29 September 2025
Yes tawar iPhone 17 Pro paling mampu milik di Malaysia, dapatkan sekarang

Yes tawar iPhone 17 Pro paling mampu milik di Malaysia, dapatkan sekarang

20 September 2025
Telegram wujudkan ciri Auto-delete, pengguna boleh tetapkan waktu mesej terpadam sendiri

Penggunaan Telegram diharamkan di Brazil buat kali kedua, kenapa?

28 April 2023
Cari telefon bajet lancar untuk gaming dan bateri tahan lama? Pertimbang OPPO A6 Pro 5G

Cari telefon bajet lancar untuk gaming dan bateri tahan lama? Pertimbang OPPO A6 Pro 5G

2 October 2025
Samsung jadikan AI lebih mampu milik dengan Galaxy S25 FE

Samsung jadikan AI lebih mampu milik dengan Galaxy S25 FE

7 October 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER