Volvo telah mengumumkan satu majlis pelancaran sebuah kereta EV baharu pada 7 Jun 2023 ini. Berdasarkan maklumat teaser yang dikongsikan, EV yang bakal mereka lancarkan adalah Volvo EX30 dan ia merupakan EV terkecil dan mungkin yang termurah daripada jenama itu.
Dua EV Volco yang sedang berlegar-legar di atas jalan raya Malaysia adalah XC40 Recharge dan C40 Recharge. Rupa paras sebenarnya tidak didedahkan namun begitu ia mungkin menggunakan platform Sustainable Experience Architectre (SEA) daripada Geely. Ia platform sama digunakan oleh model seperti Smart #1, Smart #3, dan Zeekr X. Seandainya ia EV kompak seperti yang dijangkakan, ia pastinya akan bersaing dengan model seperti BYD Atto 3, Hyundai Kona Electric, Ora Good Cat, BMW iX1, dan yang seangkatan dengannya.
Daripada video teaser, EX30 nampak seperti XC40 versi yang lebih kecil. Lampu belakang direka seperti lampu EX90 dan untuk lampu depan, anda boleh cerap rekaan tukur Thor ikonik yang boleh anda temukan pada EX90.
Sekiranya ia akan berada pada tanda harga lebih murah, kita boleh jangkakan ia berada bawah RM250,000. Model seperti XC40 Recharge kini ditawarkan dalam pasaran kita pada harga RM278,888 manakala C40 Recharge pada RM288,408.