• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Oppo A98 tampil dengan pengecas 67W, kamera mikroskop 40x dan skrin LCD 120Hz

  • OLEH Najib
  • 1:59 pm
  • 15/05/2023
  • Komen
Oppo A98 tampil dengan pengecas 67W, kamera mikroskop 40x dan skrin LCD 120Hz
Share on FacebookShare on Twitter

Telefon pintar Oppo A98 hari ini telah rasmi tiba di Malaysia. Ia menggantikan kedudukan Oppo A96 yang dilancar hampir setahun yang lepas. Ia dinaik taraf dengan sokongan 5G, serta kuasa mengecas yang jauh lebih tinggi.

Harga dan promos tempahan awal

Oppo Malaysia meletakkan harga Oppo A98 RM100 lebih tinggi berbanding Oppo A96 iaitu:



  • Oppo A98 (RAM 8GB + Storan 256GB) – RM1,399

Jualan hari pertama akan bermula pada 19 Mei 2023. Pembeli pada hari pertama jualan akan menerima hadiah percuma berupa fon telinga TWS Earbuds dan jaminan tambahan tahun kedua.

Tawaran lebih menarik disediakan untuk pembeli dalam tempoh tempahan awal. Tempahan awal dibuka dari 15-18 Mei 2023 dan boleh dibuat di semua kedai rasmi Oppo dan stor atas talian rasmi Oppo di Lazada dan Shopee.



Pembeli tempahan awal akan menerima hadiah percuma iaitu Oppo Band (25 pelanggan pertama yang beratur), fon telinga TWS Earbuds dan jaminan tambahan tahun kedua.

Selain itu, semua pembeli Oppo A98 akan menikmati keistimewaan menerusi aplikasi My Oppo iaitu baucar makanan Baskin Robbin, Secret Recipe dan ZUS Coffee.

Spesifikasi Oppo A98

Kuasa penggerak utama Oppo A98 dihasilkan oleh cip Snapdragon 695 yang menyokong rangkaian 5G. Ia datang bersama RAM LPDDR4X sebanyak 8GB, dan mampu menambah RAM maya sebanyak 8GB, menjadikan jumlah RAM kepada 16GB. Storannya jenis UFS 2.2, seluas 256GB dan menerima kad mikroSD sehingga 1TB.

Skrin Oppo A98 kekal jenis LCD, seluas 6.72-inci dengan resolusi HD Penuh+ dan kadar penyegaran 120Hz. Ia ada kadar kecerahan setinggi 550 nits dan kecerahan puncak 680 nits.

Lubang kecil di atas skrin menempatkan kamera hadapan 32MP F2.4. Kamera belakang digabungkan dalam dua bulatan besar iaitu kamera utama 64MP F1.7, kamera potret 2MP F2.4 dan kamera lensa mikro 2MP F3.3 dengan keupayaan zum mikro sehingga 40x.

Satu lagi kelebihan Oppo A98 adalah keupayaan mengecas pantas SuperVOOC 67W USB-C. Ia mampu mengecas bateri 5,000mAh di dalamnya dari 0-50% dalam masa 18 minit, dan mencecah 100% dalam masa 44 minit sahaja.

Sistem bunyi stereo pada Oppo A98 dihasilkan menerusi dua pembesar suara. Pengimbas capjari pula ada di sisi, digabung di dalam butang kuasa.

Oppo A98 menggunakan sistem operasi ColorOS 13.1 berasaskan Android 13. Oppo tidak mengumumkan sebarang jaminan kemaskini perisian. Terdapat dua warna disediakan untuk Oppo A98 iaitu biru dan hitam.

Untuk maklumat lanjut, layari laman produk Oppo A98.

Bacaan Berkaitan

  • Oppo A96: Maklumat penjualannya di Malaysia
  • Oppo Find X6 Pro tapau Honor Magic5 Pro di carta teratas DxOMark
  • Oppo Find N2 Flip: Maklumat penjualannya di Malaysia
  • Oppo Reno 8T 5G & 4G: Maklumat penjualannya di Malaysia
  • Oppo A78 5G dilancar, SoC turun taraf dan harga RM100 lebih rendah berbanding generasi terdahulu
Tags: oppooppo a98
Najib

Najib

POPULAR

Tarif TNB Baharu Julai 2025: Apa Kesan Pada Bil Elektrik Anda?

Tarif TNB Baharu Julai 2025: Apa Kesan Pada Bil Elektrik Anda?

21 June 2025
Oppo A98 tampil dengan pengecas 67W, kamera mikroskop 40x dan skrin LCD 120Hz

Oppo A98 tampil dengan pengecas 67W, kamera mikroskop 40x dan skrin LCD 120Hz

15 May 2023
Honor X6c tiba di Malaysia, telefon murah tahan lasak dengan butang AI boleh suai

Honor X6c tiba di Malaysia, telefon murah tahan lasak dengan butang AI boleh suai

13 June 2025
Garmin Forerunner 570 & 970 kini di Malaysia, jam kecergasan AMOLED dengan fungsi ECG

Garmin Forerunner 570 & 970 kini di Malaysia, jam kecergasan AMOLED dengan fungsi ECG

19 June 2025
Realme C71 akan dilancar pada 12 Jun, hadir dengan bateri 6,300mAh & kamera 50MP

Realme C71 rasmi di Malaysia, telefon bawah RM500 dengan bateri besar 6,300mAh

12 June 2025
Redmi Pad 2 dilancar, tablet murah dengan skrin 11″ 90Hz & bateri besar 9,000mAh

Redmi Pad 2 dilancar, tablet murah dengan skrin 11″ 90Hz & bateri besar 9,000mAh

20 June 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER