• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

[ KEMASKINI ] Touch n Go eWallet & RFID bermasalah? Akses ditendang keluar dan tidak boleh daftar masuk

  • OLEH Najib
  • 10:54 am
  • 17/05/2023
  • Komen
Share on FacebookShare on Twitter

[ KEMASKINI 17/05/2023 17:30 ]  Touch n Go eWallet memaklumkan, masalah telah dibaiki dan semua fungsi sudah kembali seperti biasa.


Hari ini, ramai pengguna di Malaysia melaporkan masalah berkaitan Touch n Go. Bagi pengguna aplikasi eWallet Touch n Go, pengguna mendapati mereka telah ditendang keluar daripada aplikasi. Apabila cuba mendaftar masuk, notis ralat terpapar menyatakan trafik tinggi dilaporkan. Ini membuatkan kelewatan dalam proses daftar masuk tetapi masalah ini sedang dibaiki.



Di plaza tol pula, kelihatan beberapa kenderaan berundur di lorong Touch n Go. Manakala lorong RFID berlampu merah, menandakan ia tidak boleh digunakan.

Hi KITA BOLEH 🔺 ! Untuk isu berkaitan Touch ‘n Go eWallet, sila hubungi Pusat Jagaan eWallet Touch 'n Go melalui maklumat dibawah:

Webform: https://t.co/bHfa9o7jzy
Talian penjagaan eWallet: +603-5022 3888
DM ke Facebook: https://t.co/CCmfVUU54o

– AA

— mytouchngo (@MyTouchnGo) May 17, 2023

Semakan di media sosial rasmi Touch n Go mendapati di Twitter, mereka hanya meminta pengguna untuk menghubungi Pusat Jagaan eWallet Touch n Go.



Manakala di Facebook, Touch n Go hanya memaklumkan ada masalah dengan laluan RFID di lebuhraya SPRINT dan ia terpaksa ditutup, akibat gangguan rangkaian di Plaza Tol Pantai dan Bukit Kiara. Pengguna dinasihatkan untuk menggunakan kad Touch n Go dengan baki mencukupi di dalam kad.

Nampaknya hanya kad fizikal Touch n Go dapat digunakan buat masa ini. RFID tidak dapat digunakan dan akses ke aplikasi Touch n Go eWallet juga tersekat akibat tidak boleh daftar masuk semula.

Kami telah menghubungi Touch n Go untuk mendapatkan maklumbalas berkaitan masalah ini dan akan mengemaskini berita ini jika ada respon daripada mereka.

Tags: rfidTouch n GoTouch n Go eWallet
Najib

Najib

POPULAR

[ KEMASKINI ] Touch n Go eWallet & RFID bermasalah? Akses ditendang keluar dan tidak boleh daftar masuk

17 May 2023
PDRM uji Nissan Kicks e-Power selama 2 bulan untuk operasi barisan hadapan

PDRM uji Nissan Kicks e-Power selama 2 bulan untuk operasi barisan hadapan

7 August 2026
Redmi A7 Malaysia: Telefon bajet bawah RM500 dengan skrin 120Hz & bateri 5,200mAh

Redmi A7 Malaysia: Telefon bajet bawah RM500 dengan skrin 120Hz & bateri 5,200mAh

7 August 2026
Omoda C7 PHEV dibuka untuk tempahan di Malaysia, harga anggaran RM180,000

Omoda C7 PHEV dibuka untuk tempahan di Malaysia, harga anggaran RM180,000

10 August 2026
Tiket F1 Bahrain GP 2026 di Malaysia rasmi mula dijual, harga dari RM200 untuk rakyat Malaysia

Tiket F1 Bahrain GP 2026 di Malaysia rasmi mula dijual, harga dari RM200 untuk rakyat Malaysia

13 August 2026
Siri Honor Pad 20 bakal tiba di Malaysia, ini spesifikasi yang dijangka ditawarkan

Siri Honor Pad 20 bakal tiba di Malaysia, ini spesifikasi yang dijangka ditawarkan

11 August 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN