• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Akaun Google akan dipadam termasuk gambar dan emel, jika tidak aktif selama 2 tahun

  • OLEH Putra Aziz
  • 4:12 pm
  • 17/05/2023
  • Komen
Akaun Google akan dipadam termasuk gambar dan emel, jika tidak aktif selama 2 tahun
Share on FacebookShare on Twitter

Google telah mengemas kini polisi mereka berkaitan akaun yang tidak aktif. Mulai sekarang, semua akaun Google yang tidak dilog masuk atau digunakan selama 2 tahun akan dipadam, bermula hujung tahun ini. Apa yang dipadam adalah termasuk akaun Google dan kesemua kandungan yang terdapat di dalam akaun Google. Oleh itu, keseluruhan servis Google lain seperti Gmail, Docs, Drive, Meet, Calendar, Google Photos serta akaun YouTube akan tidak boleh diakses.

Walau bagaimanapun, untuk akaun YouTube yang mempunyai video, Google dikatakan tidak merancang untuk memadamnya. Selain itu, polisi ini terpakai untuk akaun Google personal sahaja. Akaun Google untuk organisasi seperti akaun perniagaan dan institut pelajaran tidak akan terkesan.



Google juga mengatakan walaupun polisi sudah berkuatkuasa hari ini, ia tidak akan memberi kesan serta-merta kepada pengguna dengan akaun yang tidak aktif. Sebaliknya akan dilaksanakan secara berperingkat bermula Disember 2023. Sebelum akaun dipadam, Google akan menghantar beberapa notifikasi sepanjang bulan sehingga ke tarikh pemadaman akaun. Notifikasi akan dihantar menerusi alamat e-mel Google dan e-mel recovery .

Cara kekalkan akaun aktif

Jadi untuk mengekalkan akaun aktif, anda perlu melog masuk sekurang-kurangnya sekali dalam masa 2 tahun. Google ada menggariskan cara untuk mengekalkan akaun aktif. Ia termasuk membaca atau menghantar e-mel, menggunakan Google Drive, menonton video di YouTube, muat turun aplikasi di Google Play Store, mencari di carian Google dan guna e-mel Google untuk daftar masuk aplikasi pihak ketiga atau apa-apa servis. Kalau anda ada langganan melalui akaun Google anda sebagai contoh langganan Google One, akaun tidak akan dipadam dan dikira sebagai ada aktiviti pada akaun.



Sebelum ini, Google Photos telah pun terdapat polisi dimana pengguna perlu melog masuk setiap 2 tahun untuk dianggap sebagai aktif bagi memastikan gambar di dalam storan awan tidak dipadam.

Langkah keselamatan tambahan

Di samping itu, Google mencadangkan pengguna untuk memberikan e-mel recovery semasa mendaftar sebagai langkah untuk melindungi data dan kandungan pada akaun. Terdapat juga Inactive Account Manager, membolehkan pengguna memutuskan apa yang berlaku kepada akaun apabila akaun tidak aktif selama 18 bulan. Ia termasuk menghantar fail kepada kenalan yang dipercayai, menggunakan autoresponder Gmail atau memadan terus akaun.

[Sumber: 9to5Google, Google]

Tags: Google
Putra Aziz

Putra Aziz

POPULAR

Akaun Google akan dipadam termasuk gambar dan emel, jika tidak aktif selama 2 tahun

Akaun Google akan dipadam termasuk gambar dan emel, jika tidak aktif selama 2 tahun

17 May 2023
Beli iPhone 18 Pro mengikut gaya anda: Yes tawar lebih banyak pilihan dengan rebat & cashback

Beli iPhone 18 Pro mengikut gaya anda: Yes tawar lebih banyak pilihan dengan rebat & cashback

17 September 2026
Mati-mati ingat TNB salah kira, rupanya ini sebab bil naik melambung!

Mati-mati ingat TNB salah kira, rupanya ini sebab bil naik melambung!

18 September 2026
iPhone 18 Pro: Ini perbandingan pelan telco paling ‘ngam’

iPhone 18 Pro: Ini perbandingan pelan telco paling ‘ngam’

16 September 2026
MyKad generasi baharu diperkenal dengan 53 ciri keselamatan, ini apa yang berubah

MyKad generasi baharu diperkenal dengan 53 ciri keselamatan, ini apa yang berubah

16 September 2026
Siri Oppo A7 Pro diumum dengan bateri 10,000mAh, tempahan dibuka dengan rebat RM200

Oppo A7 Pro 5G & A7 Pro Max 5G tiba di Malaysia, harga dari RM1,699

19 September 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN