• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Simpan bahan lucah di telefon, pembantu kedai didenda RM5,000 atau 8 bulan penjara

  • OLEH Najib
  • 4:59 pm
  • 17/05/2023
  • Komen
Simpan bahan lucah di telefon, pembantu kedai didenda RM5,000 atau 8 bulan penjara
Share on FacebookShare on Twitter

Akibat menyimpan gambar dan video lucah dalam telefon bimbit, seorang pembantu kedai telah dijatuhkan hukuman denda RM5,000 oleh Mahkamah Majistret Taiping. Hukuman ini dikenakan terhadap Muhammad Fitri Ishak, 26, yang mengaku bersalah atas tuduhan tersebut.

Tertuduh membuat pengakuan bersalah di hadapan Majistret Nur ‘Atiqah Sapari, selepas tuduhan dibacakan tentang kesalahan yang dilakukannya tahun lepas. Kesalahan itu didakwa dilakukan di Hospital Taiping, pada 16 Februari 2022.



Sumber

Di dalam kertas pertuduhan, tertuduh didakwa memiliki 67 gambar dan 55 video yang lucah dalam telefon bimbit jenama Realme model RMX2111. Tertuduh didakwa di bawah Seksyen 292 Kanun Keseksaan, yang membawa hukuman penjara sehingga 3 tahun atau denda, atau kedua-duanya.

Pegawai Pendakwa Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM), Siti Hajar Sulaiman memohon mahkamah mengenakan hukuman yang setimpal, sebagai pengajaran kepada masyarakat dan memohon barang kes dilupuskan mengikut Seksyen 260 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998. Tertuduh pula merayu untuk dikenakan hukuman ringan, kerana perlu menyara keluarga dengan gaji hanya RM1,200, selain masih bujang dan menyesali perbuatan tersebut.



Mahkamah memerintahkan tertuduh menjalani hukuman penjara lapan bulan sekiranya gagal membayar denda berkenaan, selain barang kes dipulangkan kepada pihak pendakwa untuk dilucuthakkan dan dilupuskan setelah tamat tempoh. Tertuduh bagaimanapun mmebayar denda yang dikemukakan.

[Sumber: Astro Awani]

Tags: MahkamahSKMM
Najib

Najib

POPULAR

Simpan bahan lucah di telefon, pembantu kedai didenda RM5,000 atau 8 bulan penjara

Simpan bahan lucah di telefon, pembantu kedai didenda RM5,000 atau 8 bulan penjara

17 May 2023
Kenapa masih ada ATM yang kenakan caj RM1 selepas 1 Julai? Ini sebabnya

Kenapa masih ada ATM yang kenakan caj RM1 selepas 1 Julai? Ini sebabnya

3 July 2026
Acer Day 2026: Diskaun laptop sehingga RM2,000, kerusi gaming Nitro hanya RM99

Acer Day 2026: Diskaun laptop sehingga RM2,000, kerusi gaming Nitro hanya RM99

6 July 2026
Astro perkenal Astro X3, pelan penstriman tanpa dekoder & kontrak, dari RM39.99/bulan

Astro perkenal Astro X3, pelan penstriman tanpa dekoder & kontrak, dari RM39.99/bulan

7 July 2026
LRT3 Laluan Shah Alam kini dibuka: Tambang & parkir percuma sehingga 31 Julai

LRT3 Laluan Shah Alam kini dibuka: Tambang & parkir percuma sehingga 31 Julai

29 June 2026
Smart #5 Malaysia: Varian baharu bakal tiba tidak lama lagi?

Smart #5 Malaysia: Varian baharu bakal tiba tidak lama lagi?

8 July 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN