• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Jenama Apple

Ke arah sifar scam, Apple App Store berjaya halang USD 2 billion transaksi meragukan

  • OLEH Hanif Azrai
  • 5:35 pm
  • 17/05/2023
  • Komen
Apple buang APP yang tidak dikemas kini dalam satu tempoh tertentu, kenapa ada pengguna marah?
Share on FacebookShare on Twitter

Apple hari ini telah berkongsikan beberapa statistik menarik berkaitan App Store. App Store adalah gedung dalam talian tempat satu-satunya pengguna iOS boleh melakukan pemasangan aplikasi dan ia diperkenalkan dalam tahun 2008.

Dalam tahun 2022, Apple telah melenyapkan lebih 400 ribu akaun pembangun dan lebih 280 juta akaun pengguna yang didapati terlibat dengan scam atau penyalahgunaan. Ia turun mendadak daripada angka 802 ribu yang dicatatkan dalam tahun 2021 hasil penggunaan protokol baharu untuk menghalang aktiviti salah guna daripada berlaku dengan mudah.



Walaupun Apple gagal mengesan akaun pembangun yang ingin melakukan scam, ia tidaklah akan terlepas begitu mudah. Hal ini kerana setiap apliaksi yang ingin disenaraikan di dalam App Store akan disaring secara individu. Hasilnya, dalam thaun 2022 sahaja, hampir 1.7 juta pemohonan penyenaraian aplikasi telah ditolak. Antara sebab penolakan adalah seperti tidak memenuhi piawaian keselamatan, mengandungi perisian hasad, ataupun mengandungi ciri-ciri tersembunyi yang tidak dinyatakan secara jelas di dalam permohonan.

Sekiranya masih terlepas saringan. Apple juga mengesan lebih 147 juta entri reviu palsu. Reviu palsu ke atas sesuatu aplikasi boleh membawa risiko penyebab penyebaran perisian hasad dengan lebih banyak.



Akhir sekali, Apple turut berusaha sedaya upaya membasmi penipuan pembayaran dalam talian. Mereka melaporkan telah menghalang sejumlah USD2 billion transaksi pembayaran meragukan yang melibatkan lebih 714 ribu transaksi. Bukan itu sahaja, mereka tulu mengesan lebih 3.9 juta kad kredit curi cuba digunakan untuk melakukan transaksi di dalam platform mereka.

Apple bukan sahaja satu-satunya jenama yang berjaya halang USD 2 billion transaksi meragukan daripada berlkau. Android juga berjaya capai perkara yang sama.

Sumber: Apple

Tags: app storeapple
Hanif Azrai

Hanif Azrai

Hanif Azrai ialah seorang Pembangun Kandungan Senior di SoyaCincau BM, portal teknologi #1 Malaysia. Dia menghasilkan kandungan berkualiti tinggi dan berinformasi sejak 2016.

POPULAR

Apple buang APP yang tidak dikemas kini dalam satu tempoh tertentu, kenapa ada pengguna marah?

Ke arah sifar scam, Apple App Store berjaya halang USD 2 billion transaksi meragukan

17 May 2023
Penggabungan Maxis-U Mobile: Apa kesannya kepada pengguna di Malaysia?

Penggabungan Maxis-U Mobile: Apa kesannya kepada pengguna di Malaysia?

2 November 2026
RedMagic tawar tablet gaming Astra 2 versi rasmi SIRIM di Malaysia dari RM3,399

RedMagic tawar tablet gaming Astra 2 versi rasmi SIRIM di Malaysia dari RM3,399

31 October 2026
Tuju akhirnya “baiki” isu navigasi di Android dengan cara yang sangat menarik

Tuju akhirnya “baiki” isu navigasi di Android dengan cara yang sangat menarik

3 November 2026
CelcomDigi dan ZK Racing Team bekerjasama lahirkan generasi baharu pelumba Malaysia

CelcomDigi dan ZK Racing Team bekerjasama lahirkan generasi baharu pelumba Malaysia

29 October 2026
Honor Pad X7b, tablet 4G mampu milik dengan skrin 2K & bateri 8,000mAh kini di Malaysia

Honor Pad X7b, tablet 4G mampu milik dengan skrin 2K & bateri 8,000mAh kini di Malaysia

30 October 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN