• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

MAS & Firefly tawar tambang tetap RM300, terbang ke Sabah & Sarawak sempena Hari Kaamatan dan Gawai

  • OLEH Putra Aziz
  • 7:03 pm
  • 19/05/2023
  • Komen
Tiket Malaysia Airlines lebih murah ke India, Bangladesh, Nepal, Sri Lanka dan ASEAN dengan pengenalan pakej Lite
Share on FacebookShare on Twitter

Malaysia Airlines dan Firefly akan menawarkan tambang tetap RM300 untuk penerbangan sehala ke Sabah dan Sarawak. Ia adalah sempena Hari Kaamatan dan Gawai yang bakal tiba dan tambang tetap RM300 akan boleh mula dibeli orang ramai bermula 20 Mei 2023.

Walau bagaimanapun, Malaysia Airlines menyatakan tambang tetap RM300 itu tidak termasuk cukai dan bayaran-bayaran lain seperti bagasi 20kg. Jadi akan ada caj lain yang dikenakan di samping tambang tetap RM300.



Untuk penerbangan dari Kuala Lumpur, ia akan dikendali oleh Malaysia Airlines manakala penerbangan dari Pulau Pinang akan dikendali oleh Firefly. Bagi mereka yang ingin balik ke Sabah, tambang tetap tersebut boleh digunakan untuk perjalanan pada 27, 28 dan 29 Mei 2023 untuk ke destinasi seperti Kota Kinabalu (BKI), Labuan (LBU), Sandakan (SDK) dan Tawau (TWU) melalui Malaysa Airlines, dan Pulau Pinang (PEN) ke Kota Kinabalu (BKI) melalui Firefly.

Sementara untuk penerbangan ke Sarawak, tambang tetap terpakai untuk perjalanan pada 29, 30 dan 31 Mei 2023 ke destinasi seperti Kuching (KCH), Miri (MYY), Bintulu (BTU), Sibu (SBW) melalui Malaysia Airlines, dan Pulau Pinang ke Kuching (KCH) melalui Firefly.



Selain itu, untuk memenuhi peningkatan permintaan, kedua-dua syarikat penerbangan akan mengendali penerbangan tambahan semasa musim perayaan tersebut dari 25 Mei hingga 5 Jun 2023. Malaysia Airlines akan menambah sebanyak 14 penerbangan tambahan dan menaik taraf satu daripada 14 kapal kepada kapal A330 yang lebih besar untuk penerbangan ke Sarawak.

Untuk penerbangan ke Sabah pula, sebanyak 7 penerbangan tambahan akan dikendali dan dua kapal akan dinaik taraf ke kapal A330. Sementara itu, Firefly akan menambah 3 penerbangan tambahan antara Pulau Pinang (PEN) dan Kota Kinabalu (BKI).

Ketua Pegawai Eksekutif Malaysia Aviation Group, Ahmad Luqman Mohd Azmi berkata, “Kami menghargai sokongan Kerajaan dalam memberi subsidi tambang penerbangan bagi memudahkan perjalanan semasa tempoh perayaan Kaamatan dan Gawai. Sebagai pembawa bendera negara, kami komited untuk mengutamakan keperluan pelanggan kami dan untuk memastikan bahawa mereka boleh terbang dengan selamat dan lancar ke destinasi mereka di atas Malaysian Hospitality. Kami berharap bahawa melalui tambang yang dihadkan, perkhidmatan dinaik taraf dan kapasiti tambahan, ia akan memberi kemudahan rancangan perjalanan mereka untuk pulang ke tanah air supaya mereka boleh berhubung semula dengan orang tersayang semasa perayaan itu.”

Tags: FireflyHari GawaiHari KaamatanMalaysia AirlinesMASsabahsarawak
Putra Aziz

Putra Aziz

POPULAR

realme 15 Pro: Peneman AI Terbaik untuk Setiap Detik Malam

realme 15 Pro: Peneman AI Terbaik untuk Setiap Detik Malam

18 September 2025
eKYC sebelum 20 Disember 2024 atau akses TNG eWallet anda dihalang

BUDI95: Ini cara beli RON95 pada harga RM1.99/L guna TNG eWallet

23 September 2025
Yes tawar iPhone 17 Pro paling mampu milik di Malaysia, dapatkan sekarang

Yes tawar iPhone 17 Pro paling mampu milik di Malaysia, dapatkan sekarang

20 September 2025
Tiket Malaysia Airlines lebih murah ke India, Bangladesh, Nepal, Sri Lanka dan ASEAN dengan pengenalan pakej Lite

MAS & Firefly tawar tambang tetap RM300, terbang ke Sabah & Sarawak sempena Hari Kaamatan dan Gawai

19 May 2023
Gabungan ketahanan, kelancaran & gaya dalam satu telefon, itulah OPPO A6 Pro 5G

Gabungan ketahanan, kelancaran & gaya dalam satu telefon, itulah OPPO A6 Pro 5G

24 September 2025
Honor X9d 5G dilancar: Telefon tahan lasak IP69K, bateri 8,300mAh & dapat percuma tablet

Honor X9d 5G dilancar: Telefon tahan lasak IP69K, bateri 8,300mAh & dapat percuma tablet

24 September 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER