• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Samsung Galaxy M14 5G Malaysia: Rasai sambungan 5G pada harga serendah RM849

  • OLEH Hanif Azrai
  • 12:29 pm
  • 24/05/2023
  • Komen
Samsung Galaxy M14 5G Malaysia: Rasai sambungan 5G pada harga serendah RM849
Share on FacebookShare on Twitter

Samsung Malaysia mula menjual sebuah telefon baharu yang sokong 5G. Sekiranya memiliki bajet bawah RM1,000 dan perlukan telefon 5G, cubalah usyar Samsung Galaxy M14 5G.

Harga Samsung Galaxy M14 5G

Samsung Galaxy M14 5G ditawarkan pada harga RM1,099 untuk pasaran Malaysia. Bersempena dengan LazMall Super Brand Day, telefon itu dijual pada harga promosi iaitu RM849 sahaja melalui gedung dalam talian Samsung di Lazada.



Spesifikasi Samsung Galaxy M14 5G

Samsung Galaxy M14 5G menampilkan panel paparan LCD sebesar 6.6” beresolusi FHD+ dengan kadar segar semula setinggi 90Hz. Atas papan utama ia menjalankan Exynos 1330 (5nm) bersama-sama RAM 6GB dan storan 128GB. Sekiranya storan tidak mencukupi, ia boleh diperluas kepada 1TB menggunakan slot mikro-SD yang disediakan.

Untuk mengambil gambar, sistem trikamera belakang boleh digunakan. Kamera utamanya menerima sensor 50MP manakala baki dua lagi kamera adalah untuk makro dan depth masing-masing dibekalkan sensor 2MP. Selfie diambil menggunakan kamera 13MP.



Menyalakan telefon ini adalah sistem bateri berkapasiti 6,000mAh.

Berdasarkan maklumat rasmi Samsung Malaysia, telefon ini menerima kemas kini 2 generasi Android dan 4 tahun kemas kini keselamatan.

Sekiranya anda mahukan sokongan yang lebih panjang, Samsung Galaxy A24 yang harganya RM999 hadir dengan 4 kemas kini generasi Android dan 5 tahun kemas kini keselamatan.

Bacaan berkaitan

Galaxy Tab Active 4 Pro, tablet sangat tahan lasak dilengkapi S Pen dan boleh hidup tanpa bateri

Samsung Galaxy A24 dilancar dengan sokongan OS setara Galaxy S23

PROMO: Samsung beri rebat sehingga RM800 untuk siri Galaxy Tab

Tags: samsungsamsung galaxy m14 5g
Hanif Azrai

Hanif Azrai

Hanif Azrai ialah seorang Pembangun Kandungan Senior di SoyaCincau BM, portal teknologi #1 Malaysia. Dia menghasilkan kandungan berkualiti tinggi dan berinformasi sejak 2016.

POPULAR

Samsung Galaxy M14 5G Malaysia: Rasai sambungan 5G pada harga serendah RM849

Samsung Galaxy M14 5G Malaysia: Rasai sambungan 5G pada harga serendah RM849

24 May 2023
KLIMS 2026 bakal kembali Jun ini, lebih daripada sekadar pameran kereta

KLIMS 2026 bakal kembali Jun ini, lebih daripada sekadar pameran kereta

10 June 2026
Vivo Y31s 5G Malaysia: Bateri BlueVolt 6,500mAh & kalis air IP69+ pada harga RM1,199

Vivo Y31s 5G Malaysia: Bateri BlueVolt 6,500mAh & kalis air IP69+ pada harga RM1,199

11 June 2026
ASUS ExpertBook Ultra dilancar di Malaysia, laptop ringan 0.99kg, skrin Tandem OLED 3K & Intel Core Ultra X7

ASUS ExpertBook Ultra dilancar di Malaysia, laptop ringan 0.99kg, skrin Tandem OLED 3K & Intel Core Ultra X7

12 June 2026
Oppo Find X9 Ultra rasmi di Malaysia, guna telefoto 50MP 10x Hasselblad pertama industri

Meneroka Keunikan Warisan Kelantan Bersama Flagship Fotografi Muktamad, OPPO Find X9 Ultra!

16 June 2026
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN