• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

PROMO: Siri Realme 10 diberi diskaun sehingga RM200, harga bermula RM899

  • OLEH Putra Aziz
  • 9:55 pm
  • 25/05/2023
  • Komen
PROMO: Siri Realme 10 diberi diskaun sehingga RM200, harga bermula RM899
Share on FacebookShare on Twitter

Realme Malaysia telah mengumumkan promosi terbaru untuk siri Realme 10. Promosi ini memberikan penjimatan sehingga RM200 dan telah pun berlangsung bermula 16 Mei dan akan berakhir pada 31 Mei 2023 nanti.

Siri Realme 10 merangkumi tiga model iaitu Realme 10, Realme 10 Pro 5G dan Realme 10 Pro+ 5G. Sedang promosi berjalan, siri Realme 10 boleh didapati pada harga serendah RM899 sahaja. Untuk lebih jelas, berikut adalah tawaran harga promosi untuk kesemua model dalam siri Realme 10:



  • Realme 10 (8GB + 256GB) – RM999 RM899
  • Realme 10 Pro 5G (8GB + 256GB) – RM1,299 RM1,099
  • Realme 10 Pro+ 5G (12GB + 256GB) – RM1,799 RM1,599

Jika anda berminat untuk mendapatkan siri Realme 10 ini, anda boleh singgah ke kedai jenama rasmi Realme, pengedar sah Realme, gedung rasmi Realme di Lazada dan Shopee atau kedai rasmi Realme di TikTok.

Spesifkasi Realme 10

Realme 10 dimuatkan skrin 6.4-inci Super AMOLED resolusi HD Penuh dengan kadar penyegaran 90Hz. Skrin dilindungi oleh kaca Corning Gorilla Glass 5. Pengimbas cap jari terdapat di butang kuasa dan memberi tenaga adalah bateri 5,000mAh dengan sokongan pengecasan pantas SuperVOOC 33W menerusi USB-C.



Sistem kamera menggunakan kamera utama 50MP f/1.8 dan kamera hitam putih 2MP f/2.4. Kamera hadapan adalah 16MP f/2.45 yang terletak di sudut kanan skrin.

Untuk ketahui lebih lanjut tentang spesfikasi dan prestasi Realme 10, anda boleh baca reviu kami di sini.

Spesifikasi Realme 10 Pro 5G

Realme 10 Pro mempunyai paparan LCD 6.72-inci beresolusi HD Penuh dengan kadar penyegaran 120Hz. Ia dipacu oleh cip Snapdragon 695 5G 6nm bersama RAM LPDDR4X 8GB dan storan UFS2.2 256GB. Terdapat keupayaan RAM maya sehingga 8GB menjumlahkan 16GB yang boleh digunakan. Tenaga disalur oleh bater berkapasiti 5,000mAh dan ada sokongan pengecasan SuperVOOC 33W melalui USB-C.

Sistem pengimejannya dilengkapi kamera utama 108MP ProLight f/1.75 dan kamera potret 2MP f/2.4. Lubang kamera selfie 16MP boleh didapati di dahi skrin.

Spesifikasi Realme 10 Pro+ 5G

Model paling berkuasa siri Realme 10 dikuasakan oleh MediaTek Dimensitry 920 5G 6nm dengan gandingan RAM sehingga 12GB dan storan 156GB. RAM maya boleh perluas sehingga 12GB menjumlahkan RAM boleh diguna 16GB. Bahagian bateri dimuatkan bersaiz 5,000mAh dengan sokongan pengecasan SuperVOOC 67W melalui USB-C.

Ia menggunakan paparan AMOLED melengkung 6.7-inci resolusi HD Penuh dan kadar penyegaran 120Hz. Ia juga mempunyai tahap ‘PWM Dimming’ setinggi 2,160Hz. Pengimbas cap jari ada di dalam skrin.

Tetapan tiga kameranya menggunakan gabungan kamera utama 108MP ProLight f/1.75, kamera ultralebar 8MP f/2.2 dan akmera makro 4MP f/2.4. Terdapat kamera selfie 16MP f/2.45 di bahagian hadapan.

Bacaan berkaitan

  • Siri Realme 11 Pro bakal hadir di pasaran global, ada kamera 200MP OIS SuperZoom
  • Telefon flagship mampu milik Realme GT2 Pro kini lebih murah
  • Realme 10 Pro 5G edisi Coca-Cola kini di Malaysia, RM1,399 pada stok amat terhad
Tags: Realmerealme 10Realme 10 ProRealme 10 Pro+
Putra Aziz

Putra Aziz

POPULAR

LG Puricare™ AeroBooster: Penyelesaian udara bersih dan pintar untuk keluarga anda

LG Puricare™ AeroBooster: Penyelesaian udara bersih dan pintar untuk keluarga anda

23 May 2025
PROMO: Siri Realme 10 diberi diskaun sehingga RM200, harga bermula RM899

PROMO: Siri Realme 10 diberi diskaun sehingga RM200, harga bermula RM899

25 May 2023
AEON Bank sambut ulang tahun pertama dengan 8x ganjaran tunai, Kad Debit-i edisi khas, hadiah menarik & Neko Missions

Touch ‘n Go lancar kad TNG LED Edisi Terhad, boleh menyala setiap kali anda tap

28 May 2025
AEON Bank sambut ulang tahun pertama dengan 8x ganjaran tunai, Kad Debit-i edisi khas, hadiah menarik & Neko Missions

AEON Bank sambut ulang tahun pertama dengan 8x ganjaran tunai, Kad Debit-i edisi khas, hadiah menarik & Neko Missions

28 May 2025
Pelan prabayar NX & UV baharu CelcomDigi ada lebih banyak data, FUP lebih tinggi

Pelan prabayar NX & UV baharu CelcomDigi ada lebih banyak data, FUP lebih tinggi

4 June 2025
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER