• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Zotac Zbox Pico ini dilengkapi solusi penyejukan gajet masa depan

  • OLEH Hanif Azrai
  • 3:09 pm
  • 30/05/2023
  • Komen
Zotac Zbox Pico ini dilengkapi solusi penyejukan gajet masa depan
Share on FacebookShare on Twitter

Masalah dengan peranti kompak adalah mencari jalan untuk menyejukkannya. Kipas fizikal adalah sesuatu yang mustahil. Tapi sebuah komputer kompak daripada Zotac ini memiliki sistem penyejukkan berprestasi penyejukan aktif tapi hanya gunakan ruang seperti penyejukan pasif. Di Computex 2023, Zotac mempamerkan Zbox Pico yang dilengkapi Airjet.

Bahagian penyejuk adalah komponen paling unik pada produk ini kerana ia dikatakan Zotac sebagai “World’s First Solid-State Active Cooled Mini-PC”. Sistem penyejukan pada Zbox Pico dibangunkan Frore System dan ia adalah seumpamanya di dunia.



Daripada segi prestasi, Mini-PC ini menggunakan CPU Intel Core i3-N300 dan RAM LPDDR5. Terdapat 1 slot NVMe M.2 untuk kegunaan storan. Pada sudut port I/O, pengguna boleh menemui 3 USB-C, 1 HDMI, dan 1 DisplayPort 1.4.

Berbalik kepada sistem penyejukan, selain daripada gunakan ruang yang sangat kecil tapi mampu berikan prestasi penyejuk separas penyejukan aktif, penyejuk Zbox Pico juga senyap. Hangin yang dihembus keluar melalui lubang ekzos adalah kuat, ia mampu memusingkan kincir angin yang diletakkan di belakangnya sebagai demonstrasi.



Menurut Frore System, penyejuk ini hanya gunakan maksimum 1W tenaga dan membuang 5.25W haba pada paras 21dBA sewaktu beroperasi. Ia juga menjana 1,750 tekanan berbalik yang katanya 10 kali lebih tinggi daripada kipas. Frore System mensasarkan untuk menggunakan solusi ini pada produk seperti konsol tangan, SSD, peranti IoT dan lampu LED hiasan.

Buat yang berkira-kira untuk dapatkan Zbox Pico ini, ia belum dipasarkan tetapi dikhabarkan akan ditawarkan kepada umum dalam Suku 4 2023 nanti pada harga USD499 (RM2,301).

Tags: computexcomputex 2023frore systemfrore system airjetfrore system airjet minizotaczotac zbox pico
Hanif Azrai

Hanif Azrai

Hanif Azrai ialah seorang Pembangun Kandungan Senior di SoyaCincau BM, portal teknologi #1 Malaysia. Dia menghasilkan kandungan berkualiti tinggi dan berinformasi sejak 2016.

POPULAR

Kenapa akaun TNG eWallet boleh digantung sementara, dan apa yang perlu anda tahu

Kenapa akaun TNG eWallet boleh digantung sementara, dan apa yang perlu anda tahu

27 January 2026
Dongfeng 007 Malaysia: Sedan elektrik berkuasa 536hp, harga dari RM161k

Dongfeng 007 Malaysia: Sedan elektrik berkuasa 536hp, harga dari RM161k

6 February 2026
Zotac Zbox Pico ini dilengkapi solusi penyejukan gajet masa depan

Zotac Zbox Pico ini dilengkapi solusi penyejukan gajet masa depan

30 May 2023
Dongfeng Vigo dilancar di Malaysia, SUV elektrik kompak RM100k saingi BYD Atto 2

Dongfeng Vigo dilancar di Malaysia, SUV elektrik kompak RM100k saingi BYD Atto 2

5 February 2026
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024
SARA RM100 dikreditkan hari ini, kini terpakai untuk makanan sejuk beku

SARA RM100 dikreditkan hari ini, kini terpakai untuk makanan sejuk beku

9 February 2026

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER