• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Palit alu-alukan kustomasi kad RTX 4060 Ti anda tanpa batalkan jaminan

  • OLEH Hanif Azrai
  • 4:19 pm
  • 30/05/2023
  • Komen
Palit alu-alukan kustomasi kad RTX 4060 Ti anda tanpa batalkan jaminan
Share on FacebookShare on Twitter

Buat yang gemar melakukan PC jenis custom, pastinya perlindungan jaminan adalah sesuatu yang dititikberatkan. Adakah kustomasi fizikal ini akan membatalkan perlindungan itu? Di Palit, sekiranya anda dapatkan GPU dalam kategori Maker, pengeluarnya malah mengalu-alukan anda lakukan modifikasi ke atas GPU mereka tanpa risau jaminan terbatal.

Menerusi laman rasmi, Palit menyediakan templat 3D yang boleh digunakan sebagai asas mereka cipta plat pelindung GPU. Contohnya, untuk GPU dalam kategori Gamingpro edisi Maker, plat depan dan belakang boleh ditanggal dan dikustomasikan manakala untuk kategori Dual, hanya plat hadapan sahaja boleh ditanggalkan.



Di reruai Palit bersempena Computex 2023, terdapat beberapa contoh plat pelindung hasil cetakan 3D dipamerkan dan menakjubkan tahap kustomasi yang boleh dilakukan pada GPU ini.

Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan GPU berjenama Palit di Malaysia, mereka ada laman dalam talian di Lazada. Contohnya, GPU yang baru sahaja dilancarkan penghujung Mei 2023 lalu, RTX4060 Ti sudah boleh didapatkan pada harga RM1,939 untuk versi StormX ataupun versi Dual dijual pada harga RM1,999.



Kalau anda beli model selain RTX 4060 Ti, jangan lepaskan peluang untuk tebus permainan percuma Diablo IV untuk pandu uji GPU terbaharu ini. Lawati laman promosi untuk maklumat lanjut.

Anda boleh layari laman rasmi Palit Maker untuk maklumat lanjut.

Tags: Geforce rtx 4060GPUNvidiapalitRTX 4060rtx 4060 ti
Hanif Azrai

Hanif Azrai

Hanif Azrai ialah seorang Pembangun Kandungan Senior di SoyaCincau BM, portal teknologi #1 Malaysia. Dia menghasilkan kandungan berkualiti tinggi dan berinformasi sejak 2016.

POPULAR

Palit alu-alukan kustomasi kad RTX 4060 Ti anda tanpa batalkan jaminan

Palit alu-alukan kustomasi kad RTX 4060 Ti anda tanpa batalkan jaminan

30 May 2023
Vivo V70 rasmi di Malaysia dengan skrin OLED 6.59″, bateri 6,500mAh, harga dari RM1,999

Vivo V70 rasmi di Malaysia dengan skrin OLED 6.59″, bateri 6,500mAh, harga dari RM1,999

5 March 2026
Honor Magic V6 rasmi, telefon lipat pertama kalis air IP69 dengan bateri besar 6,660mAh

Honor Magic V6 rasmi, telefon lipat pertama kalis air IP69 dengan bateri besar 6,660mAh

2 March 2026
MacBook Neo: Laptop “Rahmah” Apple dengan cip A18 Pro dan bateri hingga 16 jam

MacBook Neo: Laptop “Rahmah” Apple dengan cip A18 Pro dan bateri hingga 16 jam

5 March 2026
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024
iQoo 15R 15R tiba di Malaysia dengan Snapdragon 8 Gen 5, bateri 7,600mAh, dari RM2,499

iQoo 15R 15R tiba di Malaysia dengan Snapdragon 8 Gen 5, bateri 7,600mAh, dari RM2,499

2 March 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN