• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

WhatsApp uji ciri kongsi skrin, tapi maklumat yang dipapar boleh diakses oleh mereka

  • OLEH Putra Aziz
  • 5:56 pm
  • 31/05/2023
  • Komen
WhatsApp uji ciri kongsi skrin, tapi maklumat yang dipapar boleh diakses oleh mereka
Share on FacebookShare on Twitter

Aplikasi pemesejan popular, WhatsApp dilaporkan sedang menguji satu ciri baru yang membolehkan anda untuk berkongsi skrin semasa panggilan video. Ciri itu telah tersedia dan boleh diuji beberapa pengguna Beta dalam kemas kini WhatsApp Android 2.23.11.19 di Google Play Store.

Sumber WABetaInfo ada memberikan gambaran bagaimana ia berfungsi.



Semasa panggilan video, di bahagian kawalan panggilan di bawah akan terdapat pilihan baru di sebelah pilihan untuk menukar kamera. Apabila menekan pilihan terbaru itu, akan timbul menu meminta kebenaran untuk merekod skrin serta pemberitahuan bahawa WhatsApp akan peroleh akses bagi mana-mana kata laluan, butiran pembayaran, gambar dan mesej yang tertera di skrin. Jika. setuju, tekan ‘Start now’ untuk mula kongsi skrin.

Semasa berkongsi skrin, pengguna masih ada kawalan penuh semasa dalam panggilan dan boleh menghentikan kongsi skrin pada bila-bila masa. Tapi, ciri ini akan hanya boleh digunakan jika anda bersetuju untuk berkongsi konten yang dipaparkan.



Walau bagaimanapun, ciri ini mungkin tidak berfungsi pada versi lama Android, dalam kumpulan panggilan yang ramai, dan mereka yang tidak mengemas kini pada versi terbaru WhatsApp. Ciri ini dijangka akan diterima lebih ramai pengguna Beta dalam minggu akan datang.

[Sumber: WABetaInfo]

Tags: whatsappwhatsapp beta
Putra Aziz

Putra Aziz

POPULAR

Sukar pilih laptop kerja yang tepat? MSI Modern 16S AI+ mungkin selesaikan dilema anda

Sukar pilih laptop kerja yang tepat? MSI Modern 16S AI+ mungkin selesaikan dilema anda

6 October 2026
Beli iPhone 18 Pro mengikut gaya anda: Yes tawar lebih banyak pilihan dengan rebat & cashback

Beli iPhone 18 Pro mengikut gaya anda: Yes tawar lebih banyak pilihan dengan rebat & cashback

17 September 2026
WhatsApp uji ciri kongsi skrin, tapi maklumat yang dipapar boleh diakses oleh mereka

WhatsApp uji ciri kongsi skrin, tapi maklumat yang dipapar boleh diakses oleh mereka

31 May 2023
Cari laptop kerja & gaming berbaloi? Ini sebab MSI Cyborg 15 Max patut jadi pilihan

Cari laptop kerja & gaming berbaloi? Ini sebab MSI Cyborg 15 Max patut jadi pilihan

2 October 2026
Jangan simpan GrabCoins anda. Tukarkannya kepada baucar dan diskaun!

Jangan simpan GrabCoins anda. Tukarkannya kepada baucar dan diskaun!

14 August 2026
Bajet 2027: Rakyat dewasa dapat SARA RM100 dua kali, penerima STR sehingga RM1,800 setahun

Bajet 2027: Rakyat dewasa dapat SARA RM100 dua kali, penerima STR sehingga RM1,800 setahun

10 October 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN