• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Jenama Apple

WatchOS 10 akan tiba suku ketiga tahun ini, apa yang baharu tentangnya?

  • OLEH Putra Aziz
  • 1:10 pm
  • 07/06/2023
  • Komen
WatchOS 10 akan tiba suku ketiga tahun ini, apa yang baharu tentangnya?
Share on FacebookShare on Twitter

Apple tidak terlepas dalam memperkenalkan sistem operasi terbaru WatchOS 10 untuk jam Apple Watch. Dalam kemas kini ini, Apple Watch diberi wajah baharu sepenuhnya pada bahagian UI, dilengkapi fitur widget serta dipertingkatkan keupayaan sambungan Bluetooth untuk disambung kepada aksesori berbasikal.

Sebagai permulaan, aplikasi di WatchOS 10 telah diolah untuk nampak lebih jelas dan memaparkan maklumat yang penuh. Ini termasuk untuk aplikasi seperti Weather, Stocks, Home, Maps, Messages, Fitness dan lain-lain. Apa yang lebih mengubah rupa WatchOS adalah kehadiran widget yang dipanggil Smart Stack. Widget boleh diakses di muka jam, menjadikan wajah lebih cantik dan memberi info yang diperlukan dalam sekali pandang. Senarai widget boleh diakses dengan menatal butang “Digital Crown” di sisi Apple Watch.



Apple Watch juga didatangkan dengan jam muka Palette, muka jam berwarna-warni yang menggambarkan masa menggunakan tiga lapisan warna. Warnanya akan berubah mengikut masa. Bagi peminat watak kartun Snoopy, terdapat jam muka menampilkan animasi Snoopy dan Woodstock yang boleh berinteraksi memberikan reaksi terhadap keadaan cuaca, atau jika pengguna bersenam.

WatchOS 10 kini lebih serasi untuk penggunaan berbasikal. Ia boleh disambungkan ke aksesori Bluetooth berbasikal seperti meter kuasa, sensor kelajuan dan sensor irama. Lebih menarik, ada algoritma baru yang menggunakan data sensor dari Apple Watch dan aksesori meter kuasa membolehkan Functional Threshold Power (FTP) dianggar. FTP secara asasnya adalah tahap intensiti kayuhan tertinggi yang dapat dikekalkan oleh penunggang dalam masa sejam.



Di samping itu, aplikasi Compass dapat membantu ketika anda sesat dan tiada sambungan rangkaian. Ia akan memberitahu tempat terakhir yang terdapat sambungan selular dan tempat terakhir kecemasan di mana ia boleh menganggar sambungan terakhir di laluan peranti. Data dalam Compass ditunjukkan dalam bentuk 3D. Untuk Apple Maps, ia akan dipapar dalam peta topografi baru supaya maklumat boleh dilihat lebih jelas.

Terdapat ciri Mental Health di dalam aplikasi Mindfullness membolehkan pengguna untuk meggambarkan perasaan mereka dan faktor apa yang menyumbang kepada keadaan fikiran.

Walau bagaimanapun, WatchOS 10 masih belum boleh dimuat turun orang ramai kerana sekarang ia hanya tersedia untuk pembangun perisian. Beta versi awam akan tersedia pada bulan depan dan dijangka akan dilancar sepenuhnya semasa acara Apple pada September ini. Untuk tahu lebih lanjut, anda boleh pergi ke laman berita Apple di sini.

Tags: appleWatchOS10
Putra Aziz

Putra Aziz

POPULAR

WatchOS 10 akan tiba suku ketiga tahun ini, apa yang baharu tentangnya?

WatchOS 10 akan tiba suku ketiga tahun ini, apa yang baharu tentangnya?

7 June 2023
MyKad generasi baharu diperkenal dengan 53 ciri keselamatan, ini apa yang berubah

MyKad generasi baharu diperkenal dengan 53 ciri keselamatan, ini apa yang berubah

16 September 2026
Siri Oppo A7 Pro diumum dengan bateri 10,000mAh, tempahan dibuka dengan rebat RM200

Siri Oppo A7 Pro diumum dengan bateri 10,000mAh, tempahan dibuka dengan rebat RM200

14 September 2026
iPhone 18 Pro: Ini perbandingan pelan telco paling ‘ngam’

iPhone 18 Pro: Ini perbandingan pelan telco paling ‘ngam’

16 September 2026
Selamat & tahan lama: ELECOM lancar powerbank Semi-Pepejal harga pada RM199

Selamat & tahan lama: ELECOM lancar powerbank Semi-Pepejal harga pada RM199

15 September 2026
Pekerja e-hailing Grab tuntut keadilan, Tribunal Pekerja Gig dengarkan kes pertama

Pekerja e-hailing Grab tuntut keadilan, Tribunal Pekerja Gig dengarkan kes pertama

9 September 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN