• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Demi patuhi EU, Apple mungkin benarkan sideloading di iOS

  • OLEH Hanif Azrai
  • 9:02 am
  • 14/06/2023
  • Komen
Demi patuhi EU, Apple mungkin benarkan sideloading di iOS
Share on FacebookShare on Twitter

Ramai sedia tahu yang Apple perlu menggunakan port USB-C pada peranti mudah alih mereka tak lama lagi untuk memenuhi peraturan yang telah ditetapkan Kesatuan Eropah (EU). Tapi tahukah anda yang ada satu lagi peraturan yang perlu dipatuhi Apple iaitu membenarkan pengguna memasang APP bersumberkan selain AppStore atau bahasa ringkasnya sideloading?

Apple bentang alasan, kenapa pasang aplikasi di luar AppStore sangat merbahaya



Pemerhati menjangkakan Apple akan memperkenalkan ciri seakan sideloading pada iOS 17 namun setakat ini beritanya masih belum ada. Ia tidak dinyatakan dalam mana-mana penerbitan rasmi Apple namun dalam satu wawancara di WWDC2023, Craig Federighi ada ditanyakan tentang topik tersebut.

Apple didn't mention app sideloading at #WWDC23, except for when @gruber explicitly asked Craig Federighi about it during The Talk Show.
🎬
#iOS17 #iOS #Apple pic.twitter.com/Nr9qBHlaob

— Mysk 🇨🇦🇩🇪 (@mysk_co) June 13, 2023

Jawapan daripadanya sangat berhati-hati. DIa menyatakan pihak Apple sedang bekerjasama dengan EU dan Apple ingin lakukan yang terbaik untuk pengguna mereka. Seperti hal USB-C, Apple lambat laun perlu mematuhi peraturan dalam pasaran EU sekiranya mahu telefon itu terus berada dalam pasaran Eropah.



Antara beberapa solusi yang dibayangkan pemerhati adalah fungsi sideloading hanya disediakan ekslusif untuk produk Apple di Eropah, mungkin dengan cara mengehadkan secara geografi menggunakan lokasi.

Ramai yang jangka iOS 17 akan perkenalkan sideloading

Sudah tentu Apple tidak mahu mengetengahkan sideloading sebagai ciri utama iOS kerana pastinya ia akan menjejaskan AppStore mereka yang kini menjadi sumber pendapatan besar mereka.

Contohnya, dalam tahun 2022, Apple melaporkan yang USD 320b telah diagihkan kepada pembangun kandungan untuk AppStore. Sekiranya Apple mengambil 30% komisen, anggaran perolehan AppStore adalah kira-kira USD 85b dalam tahun itu.

Peraturan mengkehendakkan Apple untuk sediakan fungsi sideloading terletak di bawah Digital Markets Act yag telah diluluskan oleh EU dalam bulan Julai 2022 lalu. Yang bertujuan untuk mempertingkat persaingan terutamanya kepada syarikat pemula dengan cara membasmi kelebihan yang dinikmati pemilik platform gergasi.

Sumber: 9to5Mac, 2, 3, Reuters, CNBC

Tags: applesideload
Hanif Azrai

Hanif Azrai

Hanif Azrai ialah seorang Pembangun Kandungan Senior di SoyaCincau BM, portal teknologi #1 Malaysia. Dia menghasilkan kandungan berkualiti tinggi dan berinformasi sejak 2016.

POPULAR

Demi patuhi EU, Apple mungkin benarkan sideloading di iOS

Demi patuhi EU, Apple mungkin benarkan sideloading di iOS

14 June 2023
Siri Redmi Note 17 kini boleh ditempah di Malaysia: Ini spesifikasi penuhnya

Siri Redmi Note 17 kini boleh ditempah di Malaysia: Ini spesifikasi penuhnya

28 August 2026
Realme C100x rasmi di Malaysia, tawar bateri 8,000mAh dan skrin 120Hz bawah RM1,000

Realme C100x rasmi di Malaysia, tawar bateri 8,000mAh dan skrin 120Hz bawah RM1,000

1 September 2026
Siri Poco F9 tiba di Malaysia: Skrin 185Hz, kamera 200MP, promo dari RM2,799

Siri Poco F9 tiba di Malaysia: Skrin 185Hz, kamera 200MP, promo dari RM2,799

1 September 2026
U Mobile perkenal ULTRA Home 5G Pro, tawar kelajuan sehingga 2Gbps dari RM98/bulan

U Mobile perkenal ULTRA Home 5G Pro, tawar kelajuan sehingga 2Gbps dari RM98/bulan

1 September 2026
Redmi Note 17 5G & 4G Malaysia: Skrin besar 6.99″, bateri 7,700mAh, dari RM749

Redmi Note 17 5G & 4G Malaysia: Skrin besar 6.99″, bateri 7,700mAh, dari RM749

2 September 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN