• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

WhatsApp Beta ada ciri log masuk multiakaun dalam satu telefon

  • OLEH Hanif Azrai
  • 12:23 pm
  • 15/06/2023
  • Komen
WhatsApp Beta ada ciri log masuk multiakaun dalam satu telefon
Share on FacebookShare on Twitter

Peserta program beta untuk aplikasi WhatsApp di Android boleh memeriksa kemas kini telefon masing-masing. WhatsApp versi 2.23.13.5 membawakan ciri baharu iaitu ciri berbilang akaun yang sangat berguna. Hal ini bermakna, pengguna boleh melog masuk lebih daripada satu akaun WhatsApp dalam telefon yang sama tanpa perlu melog keluar akaun sedia ada.

Implementasinya adalah sama seperti Telegram iaitu anda tidak akan menerima notifikasi daripada dua akaun serentak sebaliknya hanya untuk akaun yang sedang aktif pada ketika itu.



Nampaknya WhatsApp kini begitu aktif memperkenalkan ciri baharu. Awal Jun 2023 lalu mereka memperkenalkan Channel yang kini sedang diuji di Singapura dan Colombia. Beza Channle dan Group adalah, WhatsApp mahu menjadikan Channels sebagai saluran penyebaran paling peribadi.

WhatsApp melancar Channels, cara baru sebar berita tanpa dikecam



Antaranya, melindungi maklumat peribadi admin dan pengikut Channels tersebut. Sebagai admin, nombor telefon dan gambar profail tidak akan diperlihat kepada pengikut. Untuk pengikut, nombor telefon mereka juga tidak akan diketahui oleh admin atau pengikut lain.

Akhir Mei 2023 pula mereka mengumumkan yang WhatsApp akhirnya boleh dilog masuk kepada lebih daripada 1 iPhone yang sebelum itu hanya dinikmati pengguna Android sahaja.

WhatsApp kini boleh digunakan pada lebih daripada satu iPhone

Apa lagi ciri yang anda rasa patut ada pada WhatsApp?

Sumber: WeBetaInfo

Tags: whatsapp
Hanif Azrai

Hanif Azrai

Hanif Azrai ialah seorang Pembangun Kandungan Senior di SoyaCincau BM, portal teknologi #1 Malaysia. Dia menghasilkan kandungan berkualiti tinggi dan berinformasi sejak 2016.

POPULAR

WhatsApp Beta ada ciri log masuk multiakaun dalam satu telefon

WhatsApp Beta ada ciri log masuk multiakaun dalam satu telefon

15 June 2023
Huawei Mate 80 Pro Malaysia: Kirin 9030 Pro, pengecasan 100W, harga RM3,999

Huawei Mate 80 Pro Malaysia: Kirin 9030 Pro, pengecasan 100W, harga RM3,999

12 March 2026
Infinix Note 60 Ultra kini rasmi: Reka bentuk Pininfarina, bateri 7000mAh, harga RM2,999

Infinix Note 60 Ultra kini rasmi: Reka bentuk Pininfarina, bateri 7000mAh, harga RM2,999

13 March 2026
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024
Nak Jimat Lebih Masa Raya? PayLater by Grab Tawar Diskaun Sehingga RM35

Nak Jimat Lebih Masa Raya? PayLater by Grab Tawar Diskaun Sehingga RM35

15 March 2026
Vivo V70 rasmi di Malaysia dengan skrin OLED 6.59″, bateri 6,500mAh, harga dari RM1,999

Vivo V70 rasmi di Malaysia dengan skrin OLED 6.59″, bateri 6,500mAh, harga dari RM1,999

5 March 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN