• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Apa yang terjadi di Hari Temuduga Terbuka Tesla Malaysia?

  • OLEH Najib
  • 2:40 pm
  • 17/06/2023
  • Komen
Apa yang terjadi di Hari Temuduga Terbuka Tesla Malaysia?
Share on FacebookShare on Twitter

Tesla hari ini mengadakan Hari Temuduga Terbuka di Cyberjaya, sebagai persiapan untuk membuka cawangan rasmi di Malaysia. Pengekuar kereta elektrik (EV) terkemuka dunia itu membuka beberapa lowongan kerja merangkumi jawatan seperti jualan, penghantaran, penasihat perkhidmatan serta khidmat sokongan pelanggan.

Tinjauan kami tengah hari tadi menunjukkan ramai rakyat Malaysia hadir ke temuduga terbuka ini dan beratur sejak pukul 10 pagi tadi. Sehingga jam 1 petang, kira-kira 500 orang sudah beratur di sana dan jumlahnya semakin bertambah.



Sekitar pukul 12.30 tengah hari tadi, penganjur memaklumkan kepada mereka yang sedang hadir bahawa mereka tidak dapat bertrmu semua yang sedang beratur. Temuduga terbuka hari ini berjalan dari pukul 12 tengah hari sehingga 4 petang. Orang ramai yang masih beratur, diminta untuk menghantar resume mereka sahaja.

Selain lima jawatan yang diiklankan untuk Hari Temuduga Terbuka, Tesla Malaysia turut mencari banyak jawatan lain untuk diisi. Permohonan boleh dibuat menerusi laman rasmi Tesla, di bahagian Career. Antara jawatan lain itu adalah akauntan senior, juruteknik IT dan pakar operasi penghantaran.



Tags: EV MalaysiaTesla
Najib

Najib

POPULAR

Apa yang terjadi di Hari Temuduga Terbuka Tesla Malaysia?

Apa yang terjadi di Hari Temuduga Terbuka Tesla Malaysia?

17 June 2023
MySiren: Ujian amaran kecemasan seluruh negara berlangsung pada 29 November

MySiren: Ujian amaran kecemasan seluruh negara berlangsung pada 29 November

23 November 2026
Xiaomi 18 Pro & 18 Pro Max Malaysia: Kamera Leica 200MP, skrin OLED belakang, dari RM3,999

Xiaomi 18 Pro & 18 Pro Max Malaysia: Kamera Leica 200MP, skrin OLED belakang, dari RM3,999

18 November 2026
Tune Talk peroleh lesen daripada MCMC untuk miliki dan kendalikan infrastruktur rangkaian

Tune Talk peroleh lesen daripada MCMC untuk miliki dan kendalikan infrastruktur rangkaian

22 November 2026
Vivo V80 tiba di Malaysia: Skrin 144Hz dan bateri 7,200mAh, harga dari RM2,399

Vivo V80 tiba di Malaysia: Skrin 144Hz dan bateri 7,200mAh, harga dari RM2,399

19 November 2026
Pas MyKomuter50: Pendaftaran kini dibuka, ini cara daftar dan aktifkannya

Pas MyKomuter50: Pendaftaran kini dibuka, ini cara daftar dan aktifkannya

16 November 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN