• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita Pengangkutan Automotif

Bekas menteri bimbang Perodua Axia E berharga “rahmah” tapi tandus ciri keselamatan ABS & ESC

  • OLEH Hanif Azrai
  • 8:54 am
  • 19/06/2023
  • Komen
Bekas menteri bimbang Perodua Axia E berharga “rahmah” tapi tandus ciri keselamatan ABS & ESC
Share on FacebookShare on Twitter

Bekas Menteri Pengangkutan, Dr. Wee Ka Siong membakitkan kebimbangan beliau tentang kurangnya elemen keselamatan pada Perodua Axia E 2023 yang dilancarkan baru-baru ini.

Perodua Axia E 2023: Kereta paling murah di Malaysia, dibina berasaskan model lama, kurang aksesori dan ciri keselamatan



Buat yang terlepas berita, Perodua Axis E adalah kereta termurah di Malaysia dengan tanda harga RM22,000 (tanpa insurans) yang katanya ditujukan pada penunggang motorsikal yang ingin berhijrah kepada kenderaan 4 roda yang boleh membawa sehingga 5 penumpang.

Melalui perkongsian beliau, penghargaan diberikan kepada jenama itu kerana masih memberi perhatian kepada golongan yang menghadapi cabaran daripada segi kewangan untuk mendapatkan pengangkutan peribadi. Walau bagaimanapun, keselamatan tidak seharusnya dikompromikan bagi merealisasikan tanda harga RM22,000 tersebut. Beliau merujuk kepada ketiadaan Anti-lock Braking System (ABS), Electronic Brakeforce Distribution (EBD), dan Electronic Stability Contol (ESC).



Beliau terus memperjelas yang ESC dan lain-lain teknologi yang membasmi kenderaan tergelincir mampu mengurangkan risiko kemalangan maut pada paras kira-kira 40% akibat tayar hilang cengkaman pada permukaan jalan. Lagipun, ABS dan ESC adalah teknologi yang telah lama digunakan, malah terbukti, dan komponen ini kosnya pasti telah menurun hari ini.

Oleh sebab itu, Dr. Wee menggesa Perodua untuk menilai semula Perodua Axis E 2023 ini. Walaupun ia diiklankan menerima penilaian ASEAN NCAP 4 bintang, ketahuilah yang itu adalah penilaian tahun 2014 ataupun 8 tahun yang lalu.

Sebenarnya, kereta baru yang dilancarkan bermula 1 Jun 2018 diwajibkan untuk dilengkapi ESC seperti yang termaktub dalam undang-undang yang telah digazetkan kerajaan dalam tahun itu. Namun, Axia E 2023 ini tidak dikategorikan di dalam model baharu kerana ia masih berasaskan model 2014 yang di-facelift-kan.

Dalam penawaran Perodua, model yang lengkap dengan ABS, EBD, dan ESC adalah Perodua Axis 2023 1.0G yang berharga RM38,600. Manakala untuk Proton, anda boleh lihat pada Proton Saga 1.3 Standard Automatic yang ditawarkan pada harga RM38,800.

Tags: automotifPeroduaperodua axia
Hanif Azrai

Hanif Azrai

Hanif Azrai ialah seorang Pembangun Kandungan Senior di SoyaCincau BM, portal teknologi #1 Malaysia. Dia menghasilkan kandungan berkualiti tinggi dan berinformasi sejak 2016.

POPULAR

AEON Bank Tawarkan Pembiayaan Peribadi-i Untuk Bantu Ringankan Kekangan Bajet

AEON Bank Tawarkan Pembiayaan Peribadi-i Untuk Bantu Ringankan Kekangan Bajet

25 December 2025
Bekas menteri bimbang Perodua Axia E berharga “rahmah” tapi tandus ciri keselamatan ABS & ESC

Bekas menteri bimbang Perodua Axia E berharga “rahmah” tapi tandus ciri keselamatan ABS & ESC

19 June 2023
Xiaomi Mijia Air Conditioner Eco kini di Malaysia, boleh dapat serendah RM1,000

Xiaomi Mijia Air Conditioner Eco kini di Malaysia, boleh dapat serendah RM1,000

30 March 2026
Vivo V70 FE bakal tiba di Malaysia dengan kamera utama 200MP OIS

Vivo V70 FE bakal tiba di Malaysia dengan kamera utama 200MP OIS

31 March 2026
Samsung Galaxy A57 5G dan A37 5G: Tempahan dibuka di Malaysia, harga bermula RM1,799

Samsung Galaxy A57 5G dan A37 5G: Tempahan dibuka di Malaysia, harga bermula RM1,799

30 March 2026
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN