• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Lebih 50% belia meminjam dengan GOpinjam, elak bergantung kepada Ah Long kerana tiada rekod kredit

  • OLEH Putra Aziz
  • 9:31 am
  • 20/06/2023
  • Komen
Lebih 50% belia meminjam dengan GOpinjam, elak bergantung kepada Ah Long kerana tiada rekod kredit
Share on FacebookShare on Twitter

Bagi melakukan pinjaman peribadi, seseorang itu perlulah ada rekod kredit demi membolehkan pemberi pinjaman seperti bank melihat sejarah kredit pengguna. Tapi kebanyakan belia di Malaysia masih belum mempunyai rekod kredit, mengakibatkan mereka beralih kepada pinjaman yang lebih mudah diperoleh melalui platform digital. Salah satu platform yang popular adalah GOpinjam di Touch n Go eWallet.

Platform pinjaman digital nampaknya giat dipergunakan orang ramai setelah didapati bahawa sebanyak RM91.1 juta pinjaman GOpinjam telah dikeluarkan kepada 88,620 individu sehingga akhir Mac 2023. Menurut Kementerian Kewangan (MOF), 55 peratus daripadanya adalah belia yang berumur bawah 30 tahun dan purata pinjaman yang diberikan berjumlah RM1,500 seorang.



Perkara ini didedahkan oleh MOF setelah dibangkitkan MP Batang Sadong, Rodiyah Sapiee dalam sidang Dewan Rakyat pada 13 Jun lalu. Untuk makluman anda, GOpinjam adalah sebuah skim pinjaman mikro yang diperkenal pada tahun lepas oleh TNG Digital Sdn Bhd dengan kerjasama CIMB Bank. Ia memberikan pinjaman sehingga RM10,000 tanpa memerlukan rekod kredit, dan terbuka untuk semua rakyat Malaysia berusia 21 tahun hinggan 63 tahun dengan pendapatan serendah RM800.

Pengenalan GOpinjam merupakan satu initiatif yang baik kerana membolehkan golongan yang tiada sejarah kredit untuk membuat pinjaman bagi mendapat tunai di saat kecemasan, tanpa memilih Ah Long sebagai jalan penyelesaian.



Walaupun proses untuk membuat pinjaman GOpinjam mudah, kadar bunga yang dikenakan di GOpinjam adalah antara 18 peratus hingga 36 peratus, jauh lebih tinggi dari pinjaman-pinjaman yang lain. Sebagai contoh, pembiayaan peribadi oleh bank mengenakan kadar bunga di antara 2.31 peratus hingga 18 peratus sahaja, manakala kad kredit pula di antara 15 peratus hingga 18 peratus.

Shopee Sloan
BigPay loan

Oleh itu, agak merisaukan kerana kebanyakan orang yang menggunakan skim GOpinjam ini adalah dari golongan belia. Berbanding skim pinjaman platform digital lain, bunganya lebih rendah di mana Sloan (Shopee) kenakan kadar bunga 18 peratus dan BigPay pula maksimum pada 12 peratus. Tapi untuk Shopee, mereka hanya memberikan kemudahan pinjaman kepada pengguna terpilih sahaja.

Sementara itu, MOF mengatakan semua institusi kewangan yang menawarkan produk pembiayaan perlu mematuhi keperluan yang digariskan oleh Bank Negara Malaysia (BNM) bagi melindungi pengguna daripada beban hutang berlebihan dan masalah kewangan. Ini termasuk langkah untuk menjalankan penilaian kemampuan dan mematuhi nisbah khidmat hutang yang berhemat untuk pastikan pengguna mampu membayar balik pembiayaan sepanjang tempoh pembayaran.

Selain itu MOF menegaskan BNM akan sentiasa memantau dan memastikan institusi kewangan supaya berlaku adil ketika menawarkan perkhidmatan kewangan kepada pelanggan.

Dengan adanya pelbagai platform pinjaman digital sudah tentu akan memanfaatkan pengguna apabila memerlukan tunai tanpa perlu ke Ah Long. Walaupun platform digital mengenakan kadar bunga yang agak tinggi, ia masih intrumen berlesen yang dipantau oleh BNM untuk memastikan anda selamat. Jadi, untuk mengelakkan sebarang kesulitan, pastikan anda bayar tepat pada masa yang ditetapkan jika anda ada membuat pinjaman

[Sumber: Sinar Harian]

Tags: bnmgopinjamMOFtng ewallet
Putra Aziz

Putra Aziz

POPULAR

LG Puricare™ AeroBooster: Penyelesaian udara bersih dan pintar untuk keluarga anda

LG Puricare™ AeroBooster: Penyelesaian udara bersih dan pintar untuk keluarga anda

23 May 2025
AEON Bank sambut ulang tahun pertama dengan 8x ganjaran tunai, Kad Debit-i edisi khas, hadiah menarik & Neko Missions

Touch ‘n Go lancar kad TNG LED Edisi Terhad, boleh menyala setiap kali anda tap

28 May 2025
Lebih 50% belia meminjam dengan GOpinjam, elak bergantung kepada Ah Long kerana tiada rekod kredit

Lebih 50% belia meminjam dengan GOpinjam, elak bergantung kepada Ah Long kerana tiada rekod kredit

20 June 2023
AEON Bank sambut ulang tahun pertama dengan 8x ganjaran tunai, Kad Debit-i edisi khas, hadiah menarik & Neko Missions

AEON Bank sambut ulang tahun pertama dengan 8x ganjaran tunai, Kad Debit-i edisi khas, hadiah menarik & Neko Missions

28 May 2025
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024
Pelan prabayar NX & UV baharu CelcomDigi ada lebih banyak data, FUP lebih tinggi

Pelan prabayar NX & UV baharu CelcomDigi ada lebih banyak data, FUP lebih tinggi

4 June 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER