• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Suka bertangguh sebabkan YouTuber boleh dikenakan penalti 300% oleh LHDN

  • OLEH Hanif Azrai
  • 7:18 am
  • 21/06/2023
  • Komen
Suka bertangguh sebabkan YouTuber boleh dikenakan penalti 300% oleh LHDN
Share on FacebookShare on Twitter

Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) melaporkan yang bilangan pengisytiharan pendapatan untuk tahun taksiran cukai 2022 tidak serancak tahun taksiran cukai 2021. Walaupun masih berbaki tarikh penghantaran manual akan tapat pada 30 Jun 2023 dan e-filing pada 15 Julai 2023, mereka cuma menerima 229,613 penghantaran secara e-filing sahaja setakat 14 Jun. Angka tersebut jauh lebih rendah berbanding 777,579 yang mereka terima untuk tahun lepas.

Lagi yang lebih rendah adalah nilai cukai yang diisytiharkan adalah pada paras RM1.21b setakat ini berbanding RM5.56b dalam tahun lepas. Pihak LHDN memetik faktor suka lakukan kerja pada saat akhir sebagai punca rendahnya bilangan borang B yang mereka terima.



LHDN turut menyatakan golongan yang menerima pendapatan melalui perniagaan pemilikan tunggal sering kali dikesan tidak membayar cukai sama ada secara sedar ataupun tidak sedar. Dalam golongan ini termasuklah YouTuber dan pempengaruh. Mereka ini diingatkan yang penalti sehingga 300 peratus boleh dikenakan sekiranya mereka culas tidak membayar cukai ataupun sehingga 100 peratus sekiranya didapati tidak melaporkan secara tepat.

Berapa pendapatan yang perlu mula dicukaikan?



Hasil daripada perniagaan pemilikan tunggal dikira LHDN sebagai pendapatan peribadi dan ia akan tertakluk kepada kadar cukai pendapatan peribadi iaitu antara 0% hingga 30%. Berdasarkan laman LHDN tahun taksiran 2023, anda perlu membayar cukai sekiranya anda beroleh antara RM5,001 hingga RM20,000 dalam tempoh taksiran 2023.

Misalnya, anda anda berjaya mengumpul RM20,000 sepanjang tahun 2023 daripada pelbagai sumber, LHDN mengkehendakkan anda membayar sebanyak RM150.

Walau bagaimanpun, kerajaan ada menyediakan pelbagai jenis inisiatif potongan cukai yang boleh anda manfaatkan bagi meminimumkan cukai yang perlu dibayar. Anda boleh rujuk di ruangan pelepasan cukai ataupun rebat untuk maklumat lanjut.

Sumber: Bernama

Tags: LHDN
Hanif Azrai

Hanif Azrai

Hanif Azrai ialah seorang Pembangun Kandungan Senior di SoyaCincau BM, portal teknologi #1 Malaysia. Dia menghasilkan kandungan berkualiti tinggi dan berinformasi sejak 2016.

POPULAR

Beli iPhone 18 Pro mengikut gaya anda: Yes tawar lebih banyak pilihan dengan rebat & cashback

Beli iPhone 18 Pro mengikut gaya anda: Yes tawar lebih banyak pilihan dengan rebat & cashback

17 September 2026
Suka bertangguh sebabkan YouTuber boleh dikenakan penalti 300% oleh LHDN

Suka bertangguh sebabkan YouTuber boleh dikenakan penalti 300% oleh LHDN

21 June 2023
Jangan simpan GrabCoins anda. Tukarkannya kepada baucar dan diskaun!

Jangan simpan GrabCoins anda. Tukarkannya kepada baucar dan diskaun!

14 August 2026
Cari laptop kerja & gaming berbaloi? Ini sebab MSI Cyborg 15 Max patut jadi pilihan

Cari laptop kerja & gaming berbaloi? Ini sebab MSI Cyborg 15 Max patut jadi pilihan

2 October 2026
Sukar pilih laptop kerja yang tepat? MSI Modern 16S AI+ mungkin selesaikan dilema anda

Sukar pilih laptop kerja yang tepat? MSI Modern 16S AI+ mungkin selesaikan dilema anda

6 October 2026
Infinix Smart 20e, telefon bajet RM549 dengan skrin 120Hz dan penarafan IP64

Infinix Smart 20e, telefon bajet RM549 dengan skrin 120Hz dan penarafan IP64

8 October 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN