Kerajaan telah mengumumkan bantuan eBeliaRahmah boleh dimohon mulai hari Isnin, 26 Jun 2023 menerusi tiga platform eWallet terpilih. Selain Boost dan Setel, Touch n Go eWallet (TNG) juga terlibat dalam inisiatif ini.
Mungkin ada pengguna yang pernah mendaftarkan nombor telefon lama dengan TNG eWallet tetapi tidak menggunakan lagi nombor tersebut. Atau apa sebab juga pun, anda tidak boleh mendaftar TNG eWallet kerana ia mengesan anda telah berdaftar dengan nombor telefon lain.
Jika anda berhadapan masalah begini, sebenarnya ada cara mudah yang TNG sediakan untuk ubah nombor telefon yang berdaftar dengan akaun TNG eWallet anda, kepada nombor telefon baharu.
Pertama, muat turun dan buka aplikasi TNG eWallet. Pastikan ia daripada sumber rasmi sama ada Apple Appstore, Google Playstore atau Huawei AppGallery.
Kedua, tekan pada Sign Up atau Log In. Di ruangan mengisi nombor telefon, telan pada ikon “?” di kanan ruang tersebut.
Anda akan diberikan senarai, pilih pada “I’ve change my mobile number“. Akan dipaparkan ruang “Retrieve Your Account“. Di sini, masukkan nombor telefon baru yang anda mahu daftarkan dan tekan pada butang “Confirm“.
Tunggu SMS OTP dihantar ke nombor baru, dan masukkan 6 angka OTP tersebut. Anda akan diminta memasukkan nombor kad pengenalan sebagai pengesahan pemilik akaun sebenar. Tekan butang “Continue” untuk meneruskan.
Sekarang, anda perlu membuat pengesahan menggunakan pengecaman wajah. Ini untuk memastikan anda adalah pemilik akaun dengan nombor kad pengenalan yang sama dengan maklumat yang terdapat dalam simpanan.
Jika disahkan sama, maka anda akan dimaklumkan akaun sedia dipulihkan semula dengan nombor baru. Tekan butang “Recover Now” untuk meneruskannya. Selepas berjaya, maka anda sedia untuk mendaftar masuk menggunakan nombor telefon baru. Tekan pada butang “Proceed to log in“.
Masukkan nombor telefon baru untuk daftar masuk, kemudian masukkan nombor OTP yang diterima menerusi SMS. Pengecaman wajah akan dibuat sekali lagi. Selesai, anda akan dapat melihat semula baki dan sejarah transaksi daripada akaun anda.
Tonton video di bawah jika anda perlukan penerangan dengan suara:
Sekarang, tunggu pula sesi permohonan eBeliaRahmah dibuka dan daftar melalui TNG eWallet jika ia pilihan anda, selain Boost atau Setel. Semak betul-betul ya ganjaran yang akan mereka sediakan.
[Sumber: TNG]