• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Bukan lagi fiksyen, kapal angkasa boleh bercakap akan diguna NASA seawal 2024

  • OLEH Hanif Azrai
  • 8:21 am
  • 27/06/2023
  • Komen
Bukan lagi fiksyen, kapal angkasa boleh bercakap akan diguna NASA seawal 2024
Share on FacebookShare on Twitter

Dulunya anda hanya lihat teknologi ini dalam filem seperti 2001: A Space Adyssey (1968) dan Interstellar (2014). NASA sedang membangunkan entiti seperti HAL 9000 ataupun TARS yang akan membantu angkasawan dalam menjalankan misi. Mampu berinterasi gaya ChatGPT, angkasawan boleh meminta cadangan ataupun mengarahkan AI melakukan tugasan-tugasan tertentu sementara kecerdasan manusia digunakan di kawasan yang lebih kritikal.

Contoh yang diberikan adalah seperti terdapat kesilapan teknikal kecil dalam penghantaran isyarat ke pusat kawalan. Berbanding menghantar angkasawan yang mungkin menelan belanja besar, mereka boleh memperlengkap sesuatu peralatan dengan teknologi AI dan ia akan melakukan baik pulih apabila diarahkan. Bukan setakat kos dijimatkan, risiko juga boleh dikurangkan.



Teknologi ini katanya mungkin akan digunakan pada stesen angkasa NASA, Gateway, seawal 2024. Gateway adalah salah satu komponen dalam misi Artemis iaitu misi yang sedang berjalan dengan objektif untuk menerokai bulan dan seterusnya menjadikan bulan sebagai perhentian sebelum meneruskan perjalanan ke Marikh.

Melangkaui fasa pertama penggunaan AI dalam misi angkasa, NASA juga akan memperluas penggunaan pembelajaran mesin dalam misi-misi yang lain. Misalnya, mereka akan menerapkan pembelajaran mesin dalam barisan robot-robot penerokaan angkasa yang akan mengajar dan belajar antara satu sama lain tanpa perlu menunggu pusat kawalan di bumi menghantar kemasan perisian untuk mereka beroperasi dalam keadaan paling optimum.



Misalnya, sebuah robot pelombong bukan sahaja melombong bahan mentah malahan mencerap keadaan sekeliling menggunakan sensor-sensor yang ada di sekelilingnya. Maklumat tersebut akan disebarluaskan kepada robot-robot lain secara automatik.

Sumber: The Guardian

Bacaan berkaitan

NASA kongsi imej gugusan galaksi paling jauh & jelas setakat ini

Komputer di teleskop Hubble tidak responsif, NASA cari jalan untuk “reboot” dari jauh

Tags: ainasa
Hanif Azrai

Hanif Azrai

Hanif Azrai ialah seorang Pembangun Kandungan Senior di SoyaCincau BM, portal teknologi #1 Malaysia. Dia menghasilkan kandungan berkualiti tinggi dan berinformasi sejak 2016.

POPULAR

Oppo Find X9 Ultra rasmi di Malaysia, guna telefoto 50MP 10x Hasselblad pertama industri

Meneroka Keunikan Warisan Kelantan Bersama Flagship Fotografi Muktamad, OPPO Find X9 Ultra!

16 June 2026
Bukan lagi fiksyen, kapal angkasa boleh bercakap akan diguna NASA seawal 2024

Bukan lagi fiksyen, kapal angkasa boleh bercakap akan diguna NASA seawal 2024

27 June 2023
Kenapa masih ada ATM yang kenakan caj RM1 selepas 1 Julai? Ini sebabnya

Kenapa masih ada ATM yang kenakan caj RM1 selepas 1 Julai? Ini sebabnya

3 July 2026
LRT3 Laluan Shah Alam kini dibuka: Tambang & parkir percuma sehingga 31 Julai

LRT3 Laluan Shah Alam kini dibuka: Tambang & parkir percuma sehingga 31 Julai

29 June 2026
Proton S70 dipilih sebagai Teksi Madani, wajah baharu teksi Malaysia dilengkapi JPJePlate

Proton S70 dipilih sebagai Teksi Madani, wajah baharu teksi Malaysia dilengkapi JPJePlate

3 July 2026
WhatsApp mula perkenalkan ciri ‘username’, ini cara tempah nama pilihan anda

WhatsApp mula perkenalkan ciri ‘username’, ini cara tempah nama pilihan anda

30 June 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN