Komputer di teleskop Hubble tidak responsif, NASA cari jalan untuk “reboot” dari jauh

Teleskop Hubble yang terletak lebih 500km daripada aras laut bumi sedang menghadapi masalah.

Komputer yang mengawal selia pengoperasiannya didapati tidak berfungsi. Kalau komputer itu di sebelah anda, tentu sekali butang reset menjadi mangsa pertama jari anda, tapi bagaimana pula untuk komputer yang berada beratus kilometer di atas langit?

Isu yang timbul sejak 13 Jun lalu didapati berpunca daripada modul memori yang gagal berfungsi sebetulnya. Komputer ini telah dibangunkan dalam tahun 1980-an dan dilancar naik ke langit pada 1989 dan berada di atas sana sejak hari itu.

Salah satu penyelesaian awal ayng mereka lakukan ialah menghidupkan salah satu daripada tiga komputer sandaran sebelum melakukan mula semula keatas semua perkakasan sains yang dikendalikan komputer ini.

Antara imej yang berjaya diambil Hubble (sumber)

Teleskop Hubble memulakan operasinya di orbit rendah Bumi pada 20 Mei 1990. Antara manfaat yang boleh diberikan Hubble berbanding teleskop yang berada di atas permukaan bumi ialah mencerap alam semesta tanpa gangguna atmosfera bumi yang akan membiaskan cahaya lantas memberikan gambar yang kurang jelas.

Kemudian, Hubble juga boleh menangkap gambar melalui sensor inframerah dan ultralembayung kerana di bumi, cahaya itu diserap hampir keseluruhannya oleh atmosfera.

Sumber: NASA