• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Jangan pasang WhatsApp Pink, bukan kemaskini dari Meta tapi aplikasi berbahaya

  • OLEH Putra Aziz
  • 7:52 pm
  • 27/06/2023
  • Komen
Jangan pasang WhatsApp Pink, bukan kemaskini dari Meta tapi aplikasi berbahaya
Share on FacebookShare on Twitter

Terdapat satu perisian hasad baru yang boleh mendatangkan ancaman kepada pengguna. Aplikasi berbahaya itu menyerupai aplikasi pemesejan popular WhatsApp, yang dinamakan ‘Pink WhatsApp’. Perkara ini dimaklumkan oleh pihak Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) yang mengeluarkan kenyataan meminta pengguna untuk berawaspada akan aplikasi hasad tersebut.

PEMBERITAHUAN

MCMC GESA ORANG RAMAI UNTUK TIDAK MUAT TURUN APLIKASI HASAD
"PINK WHATSAPP"#MCMC pic.twitter.com/JrIxuwfQlR

— MCMC (@MCMC_RASMI) June 27, 2023

Aplikasi WhatsApp palsu atau “Pink WhatsApp” itu diedar melalui link APK di WhatsApp yang kononnya mengajak pengguna untuk menaik taraf aplikasi WhatsApp. Ia mendakwa untuk menawarkan ciri keselamatan privasi yang lebih baik, antaramuka yang boleh diubah suai serta kemampuan untuk menghantar fail yang lebih besar, tidak seperti aplikasi WhatsApp yang asal.



Lebih berbahaya, jika aplikasi palsu itu berjaya dipasang, ia boleh mendedahkan pelbagai data sensitif yang terdapat dalam telefon seperti gambar, senarai kenalan dan mesej, di mana boleh membawa kepada pendedahan nombor OTP bank. Oleh itu, SKMM memaklumkan pengguna untuk segera membuang aplikasi Pink WhatsApp jika ada pengguna yang telah muat turun dan memasang aplikasi itu.

Walau bagaimanapun, permasalahan ini nampaknya hanya akan dihadapi oleh pengguna Android kerana iOS tidak membenarkan sebarang aplikasi dipasang melalui fail APK. Tapi, pautan yang diberikan juga mungkin mengandungi hasad yang boleh menjangkiti iPhone anda secara tidak langsung.



Selain itu, pihak berkuasa dalam kenyataan yang sama menggalakkan pengguna untuk hanya memuat turun aplikasi dari gedung rasmi seperti Apple App Store, Google Play Store dan Huawei AppGallery. SKMM juga meminta pengguna untuk melaporkan sebarang aktiviti mencurigakan berkaitan Pink WhatsApp di portal Aduan SKMM atau di talian hotline Aduan di 1800-188-030.

[Sumber: MCMC]

Tags: Pink WhatsAppwhatsapp
Putra Aziz

Putra Aziz

POPULAR

Jangan pasang WhatsApp Pink, bukan kemaskini dari Meta tapi aplikasi berbahaya

Jangan pasang WhatsApp Pink, bukan kemaskini dari Meta tapi aplikasi berbahaya

27 June 2023
Xiaomi TV Stick 4K Gen-2 dilancar, tukar TV biasa jadi Google TV pada RM219

Xiaomi TV Stick 4K Gen-2 dilancar, tukar TV biasa jadi Google TV pada RM219

20 February 2026
Guna kalkulator ini untuk kira amaun KWSP Akaun 3 yang boleh dikeluarkan

Guna kalkulator ini untuk kira amaun KWSP Akaun 3 yang boleh dikeluarkan

8 May 2024
Infinix Note 60 Pro dilancar dengan Snapdragon 7s Gen 4 & paparan Active Matrix

Infinix Note 60 Pro dilancar dengan Snapdragon 7s Gen 4 & paparan Active Matrix

27 February 2026
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024
Huawei Band 11 & 11 Pro: Skrin lebih cerah & ada GPS terbina, harga bermula RM149

Huawei Band 11 & 11 Pro: Skrin lebih cerah & ada GPS terbina, harga bermula RM149

24 February 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN