• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Selepas eBelia Rahmah, pelajar IPTA akan dapat bantuan e-tiket penerbangan untuk balik kampung

  • OLEH Putra Aziz
  • 10:24 pm
  • 30/06/2023
  • Komen
Tidak perlu lagi matikan telefon waktu berlepas dan mendarat dengan Malaysia Airlines
Share on FacebookShare on Twitter

Menteri pengangkutan, Anthony Loke mengumumkan kementeriannya akan memperkenalkan sistem e-kredit tiket penerbangan untuk membantu pelajar Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) pulang ke rumah ketika musim perayaan atau cuti semester. Sistem ini akan mula dilaksana pada Ogos ini, dijangka sebelum Hari Kemerdekaan.

Initiatif e-Kredit yang bakal diperkenal boleh dimanfaat pelajar Sabah dan Sarawak yang belajar di semenanjung atau sebaliknya. Bagi mereka yang layak, e-kredit akan dimasukkan ke dalam akaun masing-masing di mana ia boleh digunakan untuk pembelian tiket kapal terbang. Jika syarikat penerbangan ada menawarkan diskaun lain, ia masih boleh digunakan bersama menjadikan penjimatan lebih banyak.



Buat masa sekarang, sistem tersebut sedang giat dibangunkan dan memerlukan integrasi daripada syarikat penerbangan. Walau bagaimanapun, tiada maklumat berkenaan syarikat penerbangan mana yang akan terlibat sama dalam menjayakan inisatif ini.

Selain itu, Anthony mengatakan inisiatif ini dapat membantu kira-kria 50,000 pelajar IPTA yang terutamanya dalam golongan B40 untuk membolehkan mereka mendapatkan tiket pada harga yang berpatutan. Jadi, inisiatif ini tidak terhad kepada pelajar B40 sahaja dan melibatkan semua pelajar IPTA yang memerlukan penerbangan antara Borneo dan Semenanjung Malaysia.



Tambahan pula, menteri tersebut memberi sedikit bayangan bahawa jumlah yang diberi tidak banyak, tapi cukup untuk ringankan beban pelajar untuk balik ke kampung halaman. Walau bagaimanapun, jumlah sebenar e-kredit ini masih belum dimuktamadkan lagi kerana Anthony berkata pihaknya masih sedang dalam perbincangan dan akan memaklumkannya kelak.

Anthony mengatakan inisiatif ini memberi sedikit implikasi kepada kewangan kerajaan, tapi masih boleh dijalankan kerana terdapat simpanan dalaman Kementerian Pengangkutan, selain daripada menerima dana daripada Suruhanjaya Penerbangan Malaysia.

[Sumber: Utusan]

Tags: Anthony Lokee-kredit tiket penerbangankementerian pengangkutan
Putra Aziz

Putra Aziz

POPULAR

Tidak perlu lagi matikan telefon waktu berlepas dan mendarat dengan Malaysia Airlines

Selepas eBelia Rahmah, pelajar IPTA akan dapat bantuan e-tiket penerbangan untuk balik kampung

30 June 2023
Nak layan final Piala Dunia FIFA 2026 beramai-ramai? Ini lokasi tayangan skrin besar percuma sekitar KL & Selangor

Nak layan final Piala Dunia FIFA 2026 beramai-ramai? Ini lokasi tayangan skrin besar percuma sekitar KL & Selangor

17 July 2026
Harga rasmi Samsung Galaxy Z Fold 8 Ultra, Fold 8 & Z Flip 8 di Malaysia bocor dalam talian

Harga rasmi Samsung Galaxy Z Fold 8 Ultra, Fold 8 & Z Flip 8 di Malaysia bocor dalam talian

21 July 2026
Amazfit Balance 3 & Balance Ultra: Jam pintar untuk latihan HYROX, bateri sehingga 30 hari

Amazfit Balance 3 & Balance Ultra: Jam pintar untuk latihan HYROX, bateri sehingga 30 hari

13 July 2026
Samsung Galaxy Z Flip 8 rasmi: Rekaan lebih nipis, bateri 4,300mAh & FlexWindow lebih pintar

Samsung Galaxy Z Flip 8 rasmi: Rekaan lebih nipis, bateri 4,300mAh & FlexWindow lebih pintar

22 July 2026
Samsung Wallet kini sokong pembayaran QR Maybank MAE di Malaysia

Samsung Wallet kini sokong pembayaran QR Maybank MAE di Malaysia

25 July 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN