• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Huawei Matepad Air: Tablet pertama jenama itu dengan skrin petak 3:2

  • OLEH Hanif Azrai
  • 5:06 pm
  • 06/07/2023
  • Komen
Huawei Matepad Air: Tablet pertama jenama itu dengan skrin petak 3:2
Share on FacebookShare on Twitter

Huawei mengumumkan satu siri baharu dalam keluarga tablet mereka. Huawei Matepad Air hadir dengan satu ciri unik yang tiada pada tablet Huawei lain sebelum ini.

Harga Matepad Air di Malaysia

Untuk Huawei MatePad Air, terdapat satu varian yang ditawarkan iaitu varian RAM 8GB dan storan 256GB. Bagi yang berminat, Huawei ada membuka tempahan awal mulai 6 hingga 23 Julai 2023 yang boleh dibuat di laman rasmi Huawei. Ia akan tersedia secara meluas di pasaran tempatan bermula 22 Julai 2023. Harga tawarannya di Malaysia adalah seperti berikut:



  • Huawei MatePad Air (RAM 8GB + Storan 256GB) – RM2,799

Huawei juga ada memberikan hadiah percuma dengan setiap pembelian Huawei MatePad Air. Setiap pembeli akan diberikan bersama papan kekunci magnetik dan pen stylus yang bernilai RM1,098. Kalau anda berminat, ada satu varian warna yang ditawarkan iaitu hitam.

Spesifikasi Matepad Air

Huawei Matepad Air membawakan pembaharuan unik dalam barisan penawaran tablet jenama itu. Ia adalah tablet pertama Huawei yang tampil dengan paparan 3:2 yang seblum ini hanya kita lihat pada laptop Huawei. Paparannya Matepad Air adalah sebesar 11.5” dengan resolusi 2.8K (2800 × 1840) dan berkadar segar semula sehingga 144Hz.



Paparan beresolusi tinggi itu digandingkan dengan sistem kuadspeaker dengan algoritma HUAWEI Histen 8.0 untuk pengalaman multimedia yang lebih mantap.

Atas papan utama, Matepad Air diperkasa SoC Qualcomm Snapdragon 888. Cip tersebut ditemani RAM berkapasiti 8GB beserta storan seluas 256GB. Walau bagaimanapun, tiada kemudahan peluasan storan melalui kad mikro-SD disediakan. Apabila dihidupkan, laptop ini menjalankan sistem operasi HarmonyOS 3.1.

Huawei Matepad Air menyokong sambungan selular 4G. Jadi, selain Wi-Fi, Internet juga boleh dinikmati melalui kad SIM.

Apabila ingin mengambil gambar, tablet ini ada sistem kamera yang ringkas. Di bahagian belakang ada kamera 13MP manakala di bahagian depan ada kamera 8MP. Tidaklah untuk menghasilkan kandungan video yang gempak, sebaliknya ditujukan untuk sidang video.

Tangki bateri berkapasiti 8,300mAh tablet ini diisi menggunakan pengecas 40W yang disediakan di dalam kotak.

Layari laman rasmi produk untuk maklumat lanjut.

Tags: Huaweihuawei matepadHuawei MatePad Airtablet
Hanif Azrai

Hanif Azrai

Hanif Azrai ialah seorang Pembangun Kandungan Senior di SoyaCincau BM, portal teknologi #1 Malaysia. Dia menghasilkan kandungan berkualiti tinggi dan berinformasi sejak 2016.

POPULAR

Now Brief di Galaxy S25: Ciri yang mudahkan hidup tanpa anda sedar

Now Brief di Galaxy S25: Ciri yang mudahkan hidup tanpa anda sedar

24 December 2025
AI dalam fotografi: Bagaimana telefon pintar ubah cara kita ambil gambar hari ini

AI dalam fotografi: Bagaimana telefon pintar ubah cara kita ambil gambar hari ini

31 December 2025
AI ubah cara rakyat Malaysia bekerja, Galaxy AI jadi alat produktiviti dalam poket

AI ubah cara rakyat Malaysia bekerja, Galaxy AI jadi alat produktiviti dalam poket

30 December 2025
Kenapa akaun TNG eWallet boleh digantung sementara, dan apa yang perlu anda tahu

Kenapa akaun TNG eWallet boleh digantung sementara, dan apa yang perlu anda tahu

27 January 2026
Huawei Matepad Air: Tablet pertama jenama itu dengan skrin petak 3:2

Huawei Matepad Air: Tablet pertama jenama itu dengan skrin petak 3:2

6 July 2023
Proton e.MAS 7 2026 pemasangan tempatan dilancarkan, harga dari RM99,800

Proton e.MAS 7 2026 pemasangan tempatan dilancarkan, harga dari RM99,800

21 January 2026

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER