• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Galaxy Z Fold 5 dan Flip 5 akan diperkenal di Samsung Unpacked. Di mana nak tonton livestream?

  • OLEH Hanif Azrai
  • 10:25 am
  • 06/07/2023
  • Komen
Galaxy Z Fold 5 dan Flip 5 akan diperkenal di Samsung Unpacked. Di mana nak tonton livestream?
Share on FacebookShare on Twitter

Samsung telah menjadualkan satu majlis pelancaran produk pada 26 Julai 2023 ini. Dua produk yang bakal mereka lancarkan dalam Galaxy Unpacked kelak adalah Samsung Galaxy Z Fold 5 dan juga Samsung Galaxy Z Flip 5. Majlis ini bakal menempa sejarahnya yang tersendiri apabila buat pertama kalinya ia dilangsungkan di Seoul, Korea Selatan.

Buat anda yang berada di Malaysia, kita boleh menonton majlis pelancaran itu secara langsung pada jam 7 malam hari yang sama di laman YouTube Samsung rasmi.



Anda boleh mula mendaftarkan minat untuk dapatkannya melalui laman Samsung Malaysia untuk dapatkan e-baucar RM400 yang boleh digunakan sewaktu anda membeli Galaxy Z kelak.

Galaxy Z Fold 5 adalah telefon boleh lipat generasi ke lima manakala Z Flip 5 adalah iterasi keempat. Sejak siri ini diperkanalkan dalam tahun 2019, Samsung dilihat mendominasi segmen telefon boleh lipat sambil menambah baik produk mereka iterasi demi iterasi.



Berdasarkan info-info tak rasmi yang dikongsikan diluar sana, jangan jangkakan perubahan drastik pada fizikaliti produk-produk ini. Walau bagaimanapun, dilaprokan yang Galaxy Z Flip 5 bakal menerima skrin luar yang lebih besar yang tentunya menyumbang kepada kepraktikalan skrin tersebut. Seperti siri Samsung Galaxy S23, barisan Z Fold dan Z Flip kali ini bakal diperkasa Qualcomm Snapdragon 8 Gen 2 for Galaxy.

Seperti biasa, Malaysia adalah pasaran utama jenama itu. Biasanya kita akan menerima produk baharu Samsung dalam gelombang pertama. Makanya, nantikan pelancaran telefon boleh lipat generasi baharu ini tak lama sejurus pelancaran globalnya.

Tags: samsungsamsung galaxySamsung Galaxy Z Flip 5samsung galaxy z fold 5Samsung Unpacked
Hanif Azrai

Hanif Azrai

Hanif Azrai ialah seorang Pembangun Kandungan Senior di SoyaCincau BM, portal teknologi #1 Malaysia. Dia menghasilkan kandungan berkualiti tinggi dan berinformasi sejak 2016.

POPULAR

Galaxy Z Fold 5 dan Flip 5 akan diperkenal di Samsung Unpacked. Di mana nak tonton livestream?

Galaxy Z Fold 5 dan Flip 5 akan diperkenal di Samsung Unpacked. Di mana nak tonton livestream?

6 July 2023
Poco F9 Pro dan F9 Ultra bakal dilancar 1 September, ini spesifikasi yang dijangka

Poco F9 Pro dan F9 Ultra bakal dilancar 1 September, ini spesifikasi yang dijangka

25 August 2026
Vivo V80 Lite 5G bakal dilancar 3 September, bawa bateri besar 10,000mAh

Vivo V80 Lite 5G bakal dilancar 3 September, bawa bateri besar 10,000mAh

22 August 2026
Siri Honor Pad 20 Malaysia: Tampil skrin 3K, bateri 10,100mAh & diskaun 15% untuk pelajar

Siri Honor Pad 20 Malaysia: Tampil skrin 3K, bateri 10,100mAh & diskaun 15% untuk pelajar

24 August 2026
Siri Redmi Note 17 kini boleh ditempah di Malaysia: Ini spesifikasi penuhnya

Siri Redmi Note 17 kini boleh ditempah di Malaysia: Ini spesifikasi penuhnya

28 August 2026
Samsung Galaxy S26 FE Malaysia: Exynos 2500 dengan One UI 9 baharu, dari RM2,899

Samsung Galaxy S26 FE Malaysia: Exynos 2500 dengan One UI 9 baharu, dari RM2,899

27 August 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN