Sistem pembayaran tol terbuka antara topik yang hangat diperkatakan sejak pelaksanaannya bakal bermula pada September tahun ini. Sudah tentu anda boleh wave sahaja menggunakan kad kredit dan debit anda di tol lepas ni. Ini juga bermakna anda boleh menggunakan telefon pintar atau jam sebagai alat pembayaran di tol dengan adanya fungsi seperti Google Pay, Apple Pay dan Samsung Pay. Jadi bank mana yang sokong ciri ini? Di dalam artikel ini saya akan terangkan.
Google Pay
Google baru sahaja memasuki Malaysia pada November 2022. Jadi anda boleh jangkakan tak banyak bank yang sokongnya. Oleh itu, ada sebanyak 4 bank yang boleh digunakan untuk Google Pay iaitu:
- CIMB
- Hong Leong Bank
- HSBC
- Public Bank
Tapi anda perlu tahu bahawa tidak semua kad dari bank yang disebutkan tadi boleh menggunakan Google Pay.

Untuk CIMB, hanya kad kredit Mastercard sahaja yang menerima Google Pay. Kad debit dan kad Visa CIMB tak sokong. Bank HSBC, Hong Leong Bank dan Public Bank pula sokong semua jenis kad, tapi tidak untuk kad debit Public Bank RCB Elite atau RCB Gold, kad debit Lifestyle Mastercard dan kad debit Lifestyle Union Pay.
Apple Pay
Bagaimana pula untuk pengguna iPhone, bank mana yang anda boleh guna untuk Apple Pay di Malaysia? Seperti Google Pay, terdapat 4 bank yang sokong iaitu
- Maybank
- Ambank
- Standard Chartered
- HSBC
HSBC adalah bank paling terbaru yang masuk dalam senarai sejak Januari 2023. Jadi kad mana yang sokong pembayaran melalui Apple Pay?

Majoriti kad yang sokong adalah kad kredit, di mana agak mengecewakan untuk pelajar atau mereka yang masih belum bekerja. Tapi, ini tidak terpakai kepada Maybank kerana boleh dikatakan Maybank menyokong semua jenis kad. Ini termasuk kad debit dan kad American Express.
Tiga lagi bank dalam senarai Ambank, Standard Chartered dan HSBC hanya sokong kad kredit Visa dan Mastercard. Mana-mana kad debit masih belum.
Samsung Pay
Samsung Pay yang dah menapak sejak 2017 di Malaysia pula macam mana? Adakah semua bank tempatan sokong? Malangnya tidak, tapi mempunyai sokongan bank yang terbanyak iaitu 7 bank. Kalau diikutkan, sebelum ni terdapat 8 bank. Tapi disebabkan Citibank tidak lagi beroperasi di Malaysia, jadilah 7 sahaj yang tinggal. Berikut adalah senarai bank yang sokong Samsung Pay:
- CIMB
- Hong Leong Bank
- HSBC
- Maybank
- Public Bank
- RHB Bank
- Standard Chartered
Seperti biasa, terdapat had untuk jenis kad yang boleh digunakan bersama Samsung Pay. Bank seperti RHB Bank, Hong Leong Bank dan Public Bank sokong kad debit dan kredit, tapi perkara yang sama terjadi gi Google Pay iaitu kad debit Public Bank RCB Elite atau Gold, kad debit Lifestyle Mastercard dan kad debit Lifestyle Union Pay tidak disokong.

Bank Standard Chartered hanya sokong Samsung Pay untuk kad kreditnya dan CIMB pula kad kredit dan kad prabayar sahaja.
Anda juga boleh tonton video kami berkenaan kad bank mana yang sokong Google Pay, Apple Pay dan Samsung Pay di TikTok.
@soyacincautiktok Kad bank mana boleh guna Google Pay, Apple Pay dan Samsung Pay di Malaysia #soyacincautiktok #longervideos #bank #googleplay #applepay #samsungpay
♬ original sound – SoyaCincautiktok – SoyaCincautiktok