• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Powerbank boleh dibawa naik kapal terbang, tapi apa caranya?

  • OLEH Putra Aziz
  • 12:52 pm
  • 07/07/2023
  • Komen
Powerbank boleh dibawa naik kapal terbang, tapi apa caranya?
Share on FacebookShare on Twitter

Apabila keluar melancong, tidak kisahlah dalam atau luar negara, pasti anda akan membawa bersama sebuah powerbank sebagai sumber kuasa mudah alih betul tak? Kalau tak nanti habis pula bateri telefon dah tak boleh nak tengok peta, cari maklumat atau membuat panggilan. Tapi tahukah anda powerbank sebenarnya boleh dibawa bersama atas kapal terbang tapi tidak semua?

Sumber: MAS

Menurut laman FAQ Malaysia Airlines (MAS), powerbank boleh dibawa ke atas pesawat jika kapasitinya tidak melebihi daripada 100Wh atau bersamaan dengan 27,000mAh, di mana terhad pada 2 powerbank sahaja boleh di bawa atas pesawat. Kalau lebih dari itu pun boleh sebenarnya tapi dengan syarat tidak melebihi 43,000mAh dan bergantung kepada kelulusan sesebuah syarikat penerbangan.



Macam syarikat penerbangan lain seperti AirAsia juga membenarkan pelanggan membawa powerbank lebih daripada 27,000mAh tapi tidak melebihi pada 43,000mAh juga. Jadi, adakah ini bermaksud maksimum had yang dibenarkan adalah 43,000mAh? Secara asasnya memang benar.

Sumber: IATA

Ini adalah kerana, syarikat penerbangan perlu mengikut garis panduan yang ditetapkan oleh Persatuan Pengangkutan Udara Antarabangsa (IATA), yang mengehadkan kapasiti 27,000mAh sebagai had umum. Oleh itu, semua syarikat penerbangan memang benarkan pelanggan untuk membawa powerbank berkapasiti bawah daripada 27,000mAh ke dalam pesawat. Lebih daripada itu, ia bergantung kepada peraturan syarikat penerbangan tersebut atau anda perlu mohon terlebih dahulu untuk mendapatkan kelulusan.



Walau bagaimanapun, perlu diingat bahawa maksimum kapasiti yang dibenarkan adalah sehingga 43,000mAh sahaja. Kapasiti lebih dari itu adalah dilarang. Lagipun, siapa yang nak bawa powerbank sebesar 40,000mAh dan berat sangat betul tak? AirAsia pun mesti marah kalau terlebih berat ni.

Anda juga boleh tonton video kami berkenaan had powerbank atas kapal terbang di TikTok.

@soyacincautiktok

Powerbank boleh dibawa naik kapal terbang. Tapi apa caranya? . #SoyaCincau #soyacincautiktok #airplane #powerbank #MAS #airasia #malaysiaairlines #longervideos

♬ original sound – SoyaCincautiktok – SoyaCincautiktok
Tags: AirAsiaiataMASpowerbank
Putra Aziz

Putra Aziz

POPULAR

Powerbank boleh dibawa naik kapal terbang, tapi apa caranya?

Powerbank boleh dibawa naik kapal terbang, tapi apa caranya?

7 July 2023
Poco C81 Pro, telefon bajet skrin besar 6.9″ 120Hz, bateri 6,000mAh, dari RM389

Poco C81 Pro, telefon bajet skrin besar 6.9″ 120Hz, bateri 6,000mAh, dari RM389

25 May 2026
Caj tol Genting Highlands akan bermula 28 Mei, ini kadar anda perlu bayar

Caj tol Genting Highlands akan bermula 28 Mei, ini kadar anda perlu bayar

26 May 2026
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024
Siri Xiaomi 17T akan dilancar 28 Mei, hadir dengan zum optikal 5x

Siri Xiaomi 17T akan dilancar 28 Mei, hadir dengan zum optikal 5x

25 May 2026
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN