• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Astro tambah saluran baharu khas untuk kandungan sukan wanita

  • OLEH Hanif Azrai
  • 2:42 pm
  • 10/07/2023
  • Komen
Astro tambah saluran baharu khas untuk kandungan sukan wanita
Share on FacebookShare on Twitter

Astro mengumumkan penyertaan satu saluran baharu dalam penawaran mereka iaitu W-Sport. Ia adalah saluran yang memfokuskan pada kandungan sukan wanita yang kini disiarkan di 80 negara merentasi 5 benua. Untuk pelanggan Astro Sports Pack, mereka boleh mula melayaninya bermula 15 Julai 2023 ini di saluran 815 tanpa sebarang tambahan bayaran.

W-Sport menyiarkan campuran kandungan siaran langsung dan siaran tertunda acara sukan bertaraf antarabangsa. Antara yang bakal anda tonton adalah seperti:



  • Barclays Women’s Super League (England)
  • Frauen Bundesliga (Jerman)
  • NWSL (A.S)
  • Damallsvenskan (Sweden)

Selain empat acara tersebut, W-Sport juga menyiarkan acara Hoffman Cup Tenis, Netball Super League United Kingdom, perlumbaan Extreme E, PAC 12 dan banyak lagi.

Sekiranya anda berminat untuk melanggan pek sukan di Astro, penawarannya adalah serendah RM99.99 tidak termasuk SST 6%. Bersama-sama dengan langganan itu, anda akan beroleh akses kepada 13 saluran sukan tidak termasuk W-Sport dan salkuran 4K UHD disamping 83 saluran asas lain.



Anda turut boleh menonton Astro di gajet mudah alih melalui Astro Go di dua skrin serentak disamping akaun beIN SPORTS CNNECT untuk anda tonton kandungan seperti kejohanan LaLiga, UEFA Champions League, dan lain-lain sukan yang didukung beIN Sports.

Anda boleh layari laman rasmi produk untuk maklumat lanjut.

Tags: astrosukanw-sport
Hanif Azrai

Hanif Azrai

Hanif Azrai ialah seorang Pembangun Kandungan Senior di SoyaCincau BM, portal teknologi #1 Malaysia. Dia menghasilkan kandungan berkualiti tinggi dan berinformasi sejak 2016.

POPULAR

Astro tambah saluran baharu khas untuk kandungan sukan wanita

Astro tambah saluran baharu khas untuk kandungan sukan wanita

10 July 2023
Samsung Wallet kini sokong pembayaran QR Maybank MAE di Malaysia

Samsung Wallet kini sokong pembayaran QR Maybank MAE di Malaysia

25 July 2026
Harga rasmi Samsung Galaxy Z Fold 8 Ultra, Fold 8 & Z Flip 8 di Malaysia bocor dalam talian

Harga rasmi Samsung Galaxy Z Fold 8 Ultra, Fold 8 & Z Flip 8 di Malaysia bocor dalam talian

21 July 2026
Samsung lancar Galaxy A07 5G, telefon 5G bajet dengan sokongan OS 6 tahun

Samsung umum kenaikan harga untuk Galaxy A17 dan Galaxy A07 di Malaysia

27 July 2026
Samsung Galaxy Z Flip 8 rasmi: Rekaan lebih nipis, bateri 4,300mAh & FlexWindow lebih pintar

Samsung Galaxy Z Flip 8 rasmi: Rekaan lebih nipis, bateri 4,300mAh & FlexWindow lebih pintar

22 July 2026
Samsung Galaxy Z Fold 8 & Z Fold 8 Ultra: Skrin lebih cerah & nisbah skrin lebar baharu

Samsung One UI 9 boleh kunci telefon anda secara kekal selepas 13 kali salah PIN

27 July 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN