• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Calibri bersara selepas 15 tahun, font default Microsoft Office kini Aptos

  • OLEH Hanif Azrai
  • 11:19 am
  • 14/07/2023
  • Komen
Calibri bersara selepas 15 tahun, font default Microsoft Office kini Aptos
Share on FacebookShare on Twitter

Selepas 15 tahun berkhidmat, font Calibri kini dibersarakan oleh Microsoft sebagai pilihan default untuk font merentasi banyak aplikasi Microsoft termasuklah Office. 15 tahun adalah tempoh yang cukup panjang dan merentasi evolusi paparan digital daripada SD hinggalah ke UHD masa ini. Kata mereka, satu font yang sesuai untuk skrin beresolusi tinggi daripada segi ketajaman dan keseragaman perlu dibangunkan. Untuk tujuan tersebut mereka memperkenalkan Aptos sebagai pengganti Calibri.

Keputusan ini dilakukan selepas pusingan percubaan beta dilakukan. Asalnya, Aptos dikenali sebagai Bierstadt dam merupakan salah satu daripada 4 font lain iaitu Grandview, Seaford, Skeena, dan Tenorite yang dipertimbang untuk menggantikan Calibri.



Kesemua font ini telah dicuba oleh sekumpulan pengguna di luar sana untuk beberapa ketika dan Microsoft mengumpulkan maklum balas sebelum mengangkat Berstadt dan nama ditukar kepada Aptos.

Aptops direka oleh Steve Matteson dan ia diinspirasikan daripada taipografi Swiss kurun ke-20. Ia katanya mampu memberikan keseimbangan antara estetik dan professionalisma supaya font tersebut mempamerkan aura kebolehpercayaan kepada maklumat yang ingin disampaikannya.



Steve Matteson menghasilkan templat font ini secara fizikal sebelum didigitalkan. Walaupun Aptos kini menjadi default kepada perisian Microsoft, 4 lagi font yang disebutkan di atas tadi tetap ada untuk dipilih disamping Calibri, Times New Roman, dan Arial.

Font-font baharu akan disalurkan secara berfasa melalui kemas kini perisian kepada pengguna-pengguna produk Microsoft seantero dunia.

Sumber: Microsoft

Tags: Microsoftmicrosoft officewindows
Hanif Azrai

Hanif Azrai

Hanif Azrai ialah seorang Pembangun Kandungan Senior di SoyaCincau BM, portal teknologi #1 Malaysia. Dia menghasilkan kandungan berkualiti tinggi dan berinformasi sejak 2016.

POPULAR

Calibri bersara selepas 15 tahun, font default Microsoft Office kini Aptos

Calibri bersara selepas 15 tahun, font default Microsoft Office kini Aptos

14 July 2023
Poco C81 Pro, telefon bajet skrin besar 6.9″ 120Hz, bateri 6,000mAh, dari RM389

Poco C81 Pro, telefon bajet skrin besar 6.9″ 120Hz, bateri 6,000mAh, dari RM389

25 May 2026
Caj tol Genting Highlands akan bermula 28 Mei, ini kadar anda perlu bayar

Caj tol Genting Highlands akan bermula 28 Mei, ini kadar anda perlu bayar

26 May 2026
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024
Siri Xiaomi 17T akan dilancar 28 Mei, hadir dengan zum optikal 5x

Siri Xiaomi 17T akan dilancar 28 Mei, hadir dengan zum optikal 5x

25 May 2026
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN