[KEMASKINI 22 Februari 2024] Semak senarai terbaharu 5 tablet terbaik bawah RM1,000 di sini.
Anda ada bajet RM1,000 untuk sebuah tablet tapi tak pasti nak pilih yang mana? Jangan risau kerana saya akan bantu anda. Dalam artikel ini, saya akan senaraikan 5 tablet terbaik bawah RM1,000 yang anda patut pertimbang untuk dapatkan pada tahun 2023. Ia sesuai untuk kegunaan seperti menonton YouTube, buat kerja sekolah atau main game ringan macam Roblox.
Sebenarnya pada paras harga ni, ada pelbagai tablet yang anda boleh dapat yang lengkap dengan ciri-ciri tapi pada harga sangat mampu milik. Nak tahu apa tablet tu? Jom saya terangkan.
Anda juga boleh tonton video kami berkenaan 5 tablet terbaik bawah RM1,000 di bawah.
1. Honor Pad X9 LTE
Honor Pad X9, tablet yang baru sahaja dilancarkan di Malaysia, tapi ia hanya boleh didapati orang ramai bermula 25 Ogos nanti. Ia adalah tablet termurah untuk skrin sebesar 11.5 inci. Paparannya menggunakan panel jenis TFT LCD 120Hz dengan resolusi 2K. Menggerakkan tablet ini ialah cip Snapdragon 685, dan ia menyokong rangkaian 4G. Baterinya berkapasiti 7250mAh dan mempunyai sebanyak 6 speaker mengelilingi tablet. Jadi memang sesuai untuk menonton kandungan multimedia.
Honor Pad X9 dilancarkan pada harga RM1,099. Anda boleh dapatkannya di stor atas talian Honor di sini bermula 25 Ogos 2023. Pembeli terawal akan menerima hadiah percuma berupa sarung papan kekunci.
Boleh layari laman ini untuk maklumat spesifikasi yang lebih lanjut.
2. Samsung Galaxy Tab A8 LTE
Galaxy Tab A8 dilancarkan pada awal tahun 2022. Ia dikuasakan oleh cip Unisoc T618, ada LTE bersama skrin jenis TFT LCD seluas 10.5 inci. Storannya hanya 32GB, tapi ia boleh diperluas sehingga 1TB dengan adanya slot MicroSD. Walaupun dalam kategori mampu milik, ia menyokong ciri Samsung Multi Active Window membolehkan anda membuka beberapa aplikasi serentak serta boleh “drag&drop” antara aplikasi.
Samsung galaxy Tab A8 boleh didapati dengan harga RM999. Anda boleh dapatkannya di Lazada dan Shopee.
Boleh layari laman ini untuk maklumat spesifikasi yang lebih lanjut.
3. Oppo Pad Air WiFi
Oppo Pad Air mempunyai skrin berukuran 10.36 inci menggunakan panel jenis IPS LCD 120Hz dengan kecerahan puncak pada 360 nits. Atas papan utama, ia dipacu cip Snapdragon 680 bersama RAM LPDDR4X 4GB dan storan UFS2.2 seluas 64GB. Kalau tak cukup storan, ia boleh diperluas sehingga 512GB menggunakan kad microSD.
Oppo Pad Air boleh dibeli dengan harga RM998 sahaja. Anda boleh dapatkannya di Lazada dan Shopee.
Boleh layari laman ini untuk maklumat spesifikasi yang lebih lanjut.
4. Realme Pad LTE
Realme Pad dikuasakan oleh cip Helio G80, dan menjalankan Realme Ui for pad. Kapasiti baterinya sebesar 7100mAh dengan pengecasan pantas pada 18W. Kamera hadapannya menggunakan sensor 8MP, tapi menariknya ada sudut lebar 105 darjah. Jadi perspektif pandangan boleh nampak lebih luas. Untuk skrin, ia ada paparan seluas 10.4 inci jenis IPS LCD dengan resolusi 2K.
Realme Pad boleh dibeli pada harga RM899. Anda boleh dapatkannya di Lazada dan Shopee.
Boleh layari laman ini untuk maklumat spesifikasi yang lebih lanjut.
5. Redmi Pad WiFi
Terakhir adalah Redmi Pad. Ia diperkasa oleh cip mediatek Helio G99, cip paling hebat dalam senarai ini. Tetapi, ia hanya menyokong sambungan Wifi, tiada 4G. Paparannya dipasangkan skrin jenis IPS LCD 90Hz seluas 10.61 inci beresolusi 2K. Seperti Realme Pad, Redmi Pad ini turut mempunyai kamera hadapan dengan sudut pandangan luas yang sama pada 105 darjah menggunakan sensor 8MP. Kamera 8MP boleh didapati di bahagian belakang.
Redmi Pad dijual di Malaysia pada harga RM899. Anda boleh dapatkannya di Lazada dan Shopee.
Boleh layari laman ini untuk maklumat spesifikasi yang lebih lanjut.