Mungkin inilah yang menjelaskan kenapa Lenovo undur diri daripada arena telefon gaming. Disebabkan tiada lagi Legion Phone, maka jenama itu kini dilapor sedang bangunkan konsol permainan tangan untuk bersaing dengan nama seperti Valve Steam Deck dan ASUS ROG Ally. Berdasarkan spekulasi, konsol tersebut akan dinamakan Legion Go.
Sebenarnya ini bukanlah kali pertama Lenovo dikesan membangunkan konsol tangan, dalam tahun 2021 lalu mereka dikesan membangunkan Lenovo Legion Play, sebuah konsol permainan tangan yang bertunjangkan Android dan ia memfokuskan penstriman permainan video seperti Logitech G Cloud.
Berbalik kepada Legion Go, ia dikatakan bakal mendukung spesifikasi yang lebih berkuasa berbanding Legion Play untuk bersaing dengan pemain sedia ada. Nama AMD Phoenix dipetik sebagai teras pengkomputeran konsol ini AMD Phoenix adalah APU siri Ryzen 7040 dengan seni bina Zen 4, RDNA3, XDNA dan berada dalam kategori 4nm.
Selain daripada spekulasi ini, kita masih tidak mengetahui bagaimanakah rupa Legion Go. Menggunakan Legion Play sebagai asas, kita mungkin boleh melihat konsol permainan dengan paparan 8” dengan semua butang-butang permainan terletak di tempat biasa seperti kebanyakan konsol-konsol lain.
Buat yang taknak menunggu, ROG Ally adalah konsol tangan terbaik buat masa ini. Ia ditawarkan pada harga RM3,299 dengan penawaran beberapa aksesori lain yang boleh mantapkan pengalaman bermain anda.
Sumber: Windows Central
Bacaan berkaitan
Logitech lancar konsol mudah alih berasaskan Android pada harga tak masuk akal
Lenovo undur diri daripada arena telefon gaming, tiada lagi Legion Phone
ROG Ally dilancar di Malaysia, ada diskaun RM2,000 jika dibeli bersama XG Mobile