• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Jenama Apple

iPhone 15 dengan USB-C dijangka akan dilancar pada 13 September

  • OLEH Najib
  • 1:25 pm
  • 04/08/2023
  • Komen
iPhone 15 dengan USB-C dijangka akan dilancar pada 13 September
Share on FacebookShare on Twitter

Masa yang dinanti setiap tahun akan datang lagi. Majlis pelancaran iPhone terbaru biasanya diadakan sekitar bulan September atau Oktober. Tahun lepas, siri iPhone 14 dilancar pada hari Rabu, 7 September dan tahun ini, sudah ada khabar angin yang kuat bertiup mengatakan, akan ada pelancaran Apple pada minggu ketiga bulan September.

Sumber daripada 9to5Mac menyatakan, Apple merancang untuk melancarkan siri iPhone 15 pada 13 September 2023. Selain itu, ada sumber lain menyebut bahawa syarikat telekomunikasi telah membekukan cuti pekerja pada tarikh yang sama. Ia tidak menyebut terus berkaitan Apple, tetapi ada sesuatu yang besar akan berlaku pada tarikh tersebut.



Tahun lepas, siri iPhone 14 mula dibuka tempahan di Malaysia seminggu selepas pelancaran antarabangsa dan dijual dua minggu selepas pelancaran. Mungkin tempoh masa yang sama juga untuk iPhone 15 di Malaysia kelak, memandangkan masih belum ada Apple Store rasmi di Malaysia.

Fungsi paling ditunggu di iPhone 15

Untuk mematuhi peraturan yang ditetapkan Kesatuan Eropah (EU), Apple dijangka akan menyingkir penggunaan port Lightning dan menggantikannya dengan post USB-C di semua siri iPhone 15. Perkara ini tidak mengejutkan kerana Apple telah menggunakan USB-C pada hampir semua model iPad.



Selain itu, ciri Dynamic Island yang eksklusif untuk siri iPhone 14 Pro tahun lepas, akan diperkenal pada model bukan Pro tahun ini. Maknanya, semua siri iPhone 15 akan menggunakan Dynamic Island, tiada lagi takuk besar di dahi skrin.

Seperkara lagi, Apple mungkin akan menggunakan cip baru A17 Bionic pada versi Pro sahaja. Versi bukan Pro akan dinaik tarag kepada cip A16 Bionic yang digunakan pada siri iPhone 14 Pro.

Ura-ura lain untuk siri iPhone 15 Pro adalah badan yang diperbuat daripada Titanium, serta penggunaan lensa periskop untuk zum optikal yang lebih baik.

Malah ada juga yang menyebut, Apple mungkin akan menaikkan harga untuk siri iPhone 15. Tahun lepas, Apple tidak menaikkan menaikkan harga siri iPhone 14 untuk pasaran Amerika Syarikat semasa pelancaran. Tetapi harga di Malaysia meningkat akibat kadar tukaran mata wang Ringgit Malaysia yang rendah berbanding Dolar US. Melihatkan Ringgit yang semakin mengukuh semenjak kebelakangan ini, mungkin tiada kenaikan harga siri iPhone 15 di Malaysia kalau harga di Amerika Syarikat tidak berubah.

Dikatakan, Apple mahu menaikkan harga siri iPhone 15 sebanyak USD100 (~RM454) dan siri iPhone 15 Pro sebanyak USD200 (~RM909). Tetapi biasanya ia bukan masalah kerana pembeli iPhone memang tidak kisah dengan harga.

[Sumber: 9to5Mac]

Bacaan Berkaitan

  • 6 perkara yang perlu anda tahu tentang iPhone 15
  • iPhone 15 bukan Pro juga akan guna kamera 48MP, menurut pemerhati
  • Harga iPhone 14 di Malaysia diumum lebih mahal, naik sehingga RM700 berbanding iPhone 13
Tags: appleapple iphone 15iphone 15
Najib

Najib

POPULAR

iPhone 15 dengan USB-C dijangka akan dilancar pada 13 September

iPhone 15 dengan USB-C dijangka akan dilancar pada 13 September

4 August 2023
Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

25 February 2025
Realme perkenal telefon konsep dengan bateri 10,000mAh dalam badan senipis 8.5mm

Realme perkenal telefon konsep dengan bateri 10,000mAh dalam badan senipis 8.5mm

7 May 2025
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024
Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

19 February 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER