• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Pakej 5G RAHMAH tawar telefon serendah RM240 dan pelan telco RM60/bulan untuk semua

  • OLEH Hanif Azrai
  • 3:59 pm
  • 07/08/2023
  • Komen
Pakej 5G RAHMAH tawar telefon serendah RM240 dan pelan telco RM60/bulan untuk semua
Share on FacebookShare on Twitter

Menteri Komunikasi dan Digital (KKD) YB Fahmi Fadzil telah mengumumkan beberapa inisiatif pengkayaan 5G untuk semua rakyat Malaysia. Salah satu daripadanya adalah Pakej 5G RAHMAH dengan konsep device bundle. Menurut pengumuman, mana-mana rakyat Malaysia boleh dapatkan peranti Samsung “Galaxy” A14 5G ataupun Honor 90 Lite 5G pada harga serendah RM240.

Bersama-sama dengan peranti tersebut, ia turut didatangkan dengan pelan langganan servsi telco 60GB untuk RM60/bulan. Seperti yang dimaklumkan tadi, ia boleh dilanggan oleh sesiapa sahaja warga Malaysia tanpa mengira lapisan pendapatan.



Pakej 5G RAHMAH juga mempunyai penawaran khas untuk golongan B40. Buat golongan ini, 100,000 pendaftaran pertama boleh mendapatkan salah satu daripada dua telefon 5G yang dinyatakan tadi pada harga separuh daripada biasa iaitu RM120. Pakej 5G RAHMAH menambat pemohon pada kontrak selama 24 bulan dan tempoh jaminan peranti dipanjangkan kepada 2 tahun berbanding hanya 1 tahun sebelum ini.

Maklumat utama dan paling penting adalah bagaimana mekanisme penawaran ini akan berlaku? Telco manakah yang sertai? Ini semua katanya akan diumumkan telco-telco yang terlibat dalam masa terdekat. Daripada maklumat ringkas yang diberikan KKD, nampaknya pakej 5G yang sudah disediakan telco sebelum ini nampak lebih menarik.



Sebagai maklumat tambahan, Samsung Galaxy A14 5G adalah telefon yang masuki Malaysia dalam bulan Mac 2023 dulu pada harga RM949. Ia adalah sebuah telefon 6.6” yang dilengkapi panel FHD+ 90Hz dan diperkasa Mediatek Dimensity 700 bersama-sama RAM 6GB dan storan 128GB. Bateri Galaxy A14 5G mengandungi 5,000mAh dan dicas melalui blok 15W. Samsung menjanjikan 2 naik taraf Android dan 4 tahun sokongan tampalan keselamatan.

Galaxy A14 5G, solusi Samsung untuk telefon 5G paling mampu milik

Honor 90 Lite 5G pula masuki Malaysia dalam bulan Julai 2023 pada harga RM1,099. Ia ada RAM 8GB dan storan 256GB, sedikit lebih baik berbanding Galaxy A14 5G tadi. Ia ada skrin lebih besar pada 6.7” beresolusi FHD+ dengan kadar segar semula 90Hz. Ia mengambil bateri daripada sistem 4,500mAh dengan pengecasan 22.5W.

Honor 90 Lite: Dilengkapi kamera 100MP dan skrin 90Hz pada harga sekitar RM1,000

Sumber: YB Fahmi Fadzil

Tags: 5gFahmi Fadzilinsentif postpaid rahmah penjawat awampakej 5g rahmahpekej 5g ramham b40
Hanif Azrai

Hanif Azrai

Hanif Azrai ialah seorang Pembangun Kandungan Senior di SoyaCincau BM, portal teknologi #1 Malaysia. Dia menghasilkan kandungan berkualiti tinggi dan berinformasi sejak 2016.

POPULAR

OPPO perkenal ColorOS 17: Lebih lancar, bawa keupayaan AI ke tahap baharu

OPPO perkenal ColorOS 17: Lebih lancar, bawa keupayaan AI ke tahap baharu

15 October 2026
Pakej 5G RAHMAH tawar telefon serendah RM240 dan pelan telco RM60/bulan untuk semua

Pakej 5G RAHMAH tawar telefon serendah RM240 dan pelan telco RM60/bulan untuk semua

7 August 2023
CelcomDigi dan ZK Racing Team bekerjasama lahirkan generasi baharu pelumba Malaysia

CelcomDigi dan ZK Racing Team bekerjasama lahirkan generasi baharu pelumba Malaysia

29 October 2026
RedMagic tawar tablet gaming Astra 2 versi rasmi SIRIM di Malaysia dari RM3,399

RedMagic tawar tablet gaming Astra 2 versi rasmi SIRIM di Malaysia dari RM3,399

31 October 2026
iPad Mini 2026 Malaysia: Skrin OLED 8.5″, cip A20 Pro & iPad pertama kalis air

iPad Mini 2026 Malaysia: Skrin OLED 8.5″, cip A20 Pro & iPad pertama kalis air

27 October 2026
Honor Pad X7b, tablet 4G mampu milik dengan skrin 2K & bateri 8,000mAh kini di Malaysia

Honor Pad X7b, tablet 4G mampu milik dengan skrin 2K & bateri 8,000mAh kini di Malaysia

30 October 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN