• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

WhatsApp perkenal ciri kongsi skrin dan mod landskap di panggilan video

  • OLEH Putra Aziz
  • 7:17 pm
  • 09/08/2023
  • Komen
WhatsApp perkenal ciri kongsi skrin dan mod landskap di panggilan video
Share on FacebookShare on Twitter

WhatsApp sejak kebelakangan ini tidak henti-henti melancarkan ciri baru untuk pengguna. Mungkin kerana mahu mengejar pesaingnya Telegram yang sudah perkenalkan banyak ciri menarik. Terbaru ini, WhatsApp telah memperkenalkan ciri kongsi skrin, satu ciri yang telah lama ada pada Telegram.

Dengan pengenalan ciri ini, ia membolehkan WhatsApp untuk berfungsi seperti aplikasi persidangan video sedia ada macam Microsoft Teams, Google Meet dan Zoom. CEO Meta, Mark Zuckerberg turut berkongsikan berita itu di laman Facebooknya, dengan mengepilkan gambar dia sedang menggunakan ciri itu.



Ciri kongsi skrin di WhatsApp bakal membenarkan pengguna untuk berkongsi dokumen, gambar dan pelbagai kandungan yang dipaparkan di skrin. Untuk mengakses ciri ini, ia boleh dilakukan semasa panggilan video dengan menekan butang “Share”. Pengguna akan mempunyai pilihan untuk berkongsi sama ada keseluruhan skrin atau aplikasi tertetnu.

Selain kongsi skrin, WhatsApp turut menambah sokongan panggilan video dalam mod melintang bagi menawarkan pengalaman panggilan yang lebih praktikal, lebih-lebih lagi ketika berkongsi skrin.



Keberadaan ciri kongsi skrin bukanlah satu berita baru kerana versi beta Android telah dikeluarkan untuk diuji pada Mei lalu. Tapi kini, ciri kongsi skrin disahkan telah mula dikeluarkan untuk pengguna iOS, Android dan juga aplikasi WhatsApp di Windows. Anda mungkin dapati ciri ini masih belum tersedia dalam aplikasi kerana ia dikeluarkan secara berperingkat untuk semua pengguna.

[Sumber: TechCrunch]

Bacaan berkaitan

  • WhatsApp kini ada cara sangat mudah hantar video pendek dengan cepat
  • WhatsApp kini ada cara mudah hantar mesej tanpa simpan nombor
  • WhatsApp versi penuh kini di pergelangan tangan, apa kelebihannya?
Tags: metawhatsapp
Putra Aziz

Putra Aziz

POPULAR

WhatsApp perkenal ciri kongsi skrin dan mod landskap di panggilan video

WhatsApp perkenal ciri kongsi skrin dan mod landskap di panggilan video

9 August 2023
Vivo V70 rasmi di Malaysia dengan skrin OLED 6.59″, bateri 6,500mAh, harga dari RM1,999

Vivo V70 rasmi di Malaysia dengan skrin OLED 6.59″, bateri 6,500mAh, harga dari RM1,999

5 March 2026
Huawei Mate 80 Pro Malaysia: Kirin 9030 Pro, pengecasan 100W, harga RM3,999

Huawei Mate 80 Pro Malaysia: Kirin 9030 Pro, pengecasan 100W, harga RM3,999

12 March 2026
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024
Honor Magic V6 rasmi, telefon lipat pertama kalis air IP69 dengan bateri besar 6,660mAh

Honor Magic V6 rasmi, telefon lipat pertama kalis air IP69 dengan bateri besar 6,660mAh

2 March 2026
Siri Poco X8 Pro dilancar 17 Mac dengan cip Dimensity 8500 Ultra dan Dimensity 9500s

Siri Poco X8 Pro dilancar 17 Mac dengan cip Dimensity 8500 Ultra dan Dimensity 9500s

10 March 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN