• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

YouTube tiru TikTok dan Instagram, sekat pautan dalam Shorts untuk elak spam dan scammer

  • OLEH Putra Aziz
  • 3:40 pm
  • 14/08/2023
  • Komen
Share on FacebookShare on Twitter

YouTube, dalam siaran terbaru telah mengumumkan satu kemas kini penting untuk ciri Shorts. YouTube memaklumkan, bermula 31 Ogos, mereka akan membuang keupayaan untuk mengklik pautan di Shorts kerana dilihat berleluasa dengan spam dan scammer.

Ini terutamanya melibatkan pautan yang dikongsikan di komen dan deskripsi Shorts, yang bakal tidak lagi boleh lagi diklik. Ini adalah disebabkan, Shorts dikatakan oleh YouTube menjadi lubuk spammer untuk berkongsi pautan boleh klik yang mendorong pengguna kepada perisian hasad, pancingan data atau kandungan berkaitan scam. Sementara terdapat sistem dan dasar sedia ada untuk mengesan pautan scam, YouTube mengatakan mereka perlu mengambil pencegahan tambahan untuk melindungi pengguna.



Bersama-sama itu, pautan media sosial yang terdapat di saluran desktop turut dibuang bermula 10 Ogos, kerana berpotensi menjadi sumber pautan scam.

Walau bagaimanapun, sebagai ganti kepada perubahan ini, YouTube bakal memaparkan pautan boleh klik di halaman utama saluran berhampiran butang ‘Subscribe’ bermula 23 Ogos ini. Pencipta boleh memautkan pautan ke laman web, media sosial dan banyak lagi.



Selain itu, YouTube juga akan memberi keupayaan untuk memautkan video Shorts ke video panjang atau kandungan YouTube yang lain, yang akan dilaksana mulai hujung September.

Dalam siaran yang sama, YouTube menyatakan bahawa terdapat penambahbaikan untuk saluran yang menyamar, dengan lebih 35% saluran telah dibuang dari Q1 2022 hingga Q1 2023. Sementara itu, ciri ‘Increase Strictness’ bagi menapis komen pula kini memperlihatkan peningkatan 200%, dalam mengesan dan menyemak komen spam dan tidak sesuai.

[Sumber: 9to5Google]

Tags: YouTubeYouTube Shorts
Putra Aziz

Putra Aziz

POPULAR

YouTube tiru TikTok dan Instagram, sekat pautan dalam Shorts untuk elak spam dan scammer

14 August 2023
PDRM uji Nissan Kicks e-Power selama 2 bulan untuk operasi barisan hadapan

PDRM uji Nissan Kicks e-Power selama 2 bulan untuk operasi barisan hadapan

7 August 2026
Redmi A7 Malaysia: Telefon bajet bawah RM500 dengan skrin 120Hz & bateri 5,200mAh

Redmi A7 Malaysia: Telefon bajet bawah RM500 dengan skrin 120Hz & bateri 5,200mAh

7 August 2026
Omoda C7 PHEV dibuka untuk tempahan di Malaysia, harga anggaran RM180,000

Omoda C7 PHEV dibuka untuk tempahan di Malaysia, harga anggaran RM180,000

10 August 2026
Siri Honor Pad 20 bakal tiba di Malaysia, ini spesifikasi yang dijangka ditawarkan

Siri Honor Pad 20 bakal tiba di Malaysia, ini spesifikasi yang dijangka ditawarkan

11 August 2026
Redmi 17 4G & 5G kini di Malaysia dengan bateri 7,500mAh, harga dari RM699

Redmi 17 4G & 5G kini di Malaysia dengan bateri 7,500mAh, harga dari RM699

7 August 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN