• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Telegram Stories kini tersedia untuk semua pengguna, tapi apa beza dengan pelanggan premium?

  • OLEH Putra Aziz
  • 4:18 pm
  • 15/08/2023
  • Komen
Telegram Stories kini tersedia untuk semua pengguna, tapi apa beza dengan pelanggan premium?
Share on FacebookShare on Twitter

Sebelum ini, kami ada melaporkan bahawa Telegram melancarkan ciri Stories, tetapi ia hanya terhad digunakan untuk pengguna premium sahaja. Kini, Telegram secara rasmi mengeluarkan ciri Stories untuk semua pengguna. Pengumuman ini dibuat sempena ulang tahun ke-10 Telegram.

Ciri Stories berfungsi sepertimana di kebanyakan platform seperti Instagram dan Snapchat. Namun apa yang membezakan Stories Telegram dengan platform lain adalah, pengguna ada pilihan untuk mengedit semula Stories setelah ia dimuat naik. Jadi, pengguna tidak lagi perlu memadam dan memuat naik semula semata-mata untuk mengubah teks atau gambar.



Sementara itu, tempoh Stories bagi pengguna biasa boleh dipaparkan sehingga 24 jam, atau boleh juga memaparkan Stories tanpa tarikh luput dengan memuat naik Stories ke profil Telegram anda. Lebih menarik, selain boleh memilih siapa yang boleh melihat Stories anda, anda boleh mematikan ‘Screenshot’, yang juga akan menghalang pengguna lain menyimpan atau berkongsi Stories anda.

Tambahan pula, senarai penonton Stories boleh dicari, dan dibahagi kepada dua iaitu kenalan dan semua penonton. Senarai ini juga boleh disusun untuk yang memberi reaksi berada di atas, atau yang pertama menonton Stories anda. Lebih-lebih lagi, terdapat keupayaan untuk menangkap gambar atau video dari kamera hadapan dan belakang secara serentak.



Ciri tambahan untuk Telegram Premium

Walaupun Stories telah tersedia untuk semua pungguna, pengguna premium mempunyai akses kepada beberapa ciri tambahan. Pengguna premium boleh mengaktifkan ciri ‘Stealth Mode’ yang menghilangkan tontonan anda daripada Stories yang dibuka dalam 5 minit lalu, dan menyembunyikan Stories yang ditonton 25 minit seterusnya.

Di samping itu, pengguna premium turut mendapat kelebihan untuk memilih tempoh Stories dipaparkan sama ada 6, 12, atau 48 jam di samping default pada 24 jam. Lagi ciri tambahan pada langganan premium adalah, pengguna boleh lihat sejarah kekal Stories walaupun ia sudah luput, keupayaan menyimpan gambar ke galeri telefon, serta kapsyen 10 kali lebih panjang.

Ciri Stories merupakan ciri yang paling diminta oleh pengguna, dan Telegram pada awalnya menentang pelaksanaannya kerana ciri Stories boleh dilihat terdapat di pelbagai platform. Namun, mereka mahu mengikut kehendak pengguna, dan mereka mengambil masa beberapa bulan untuk menginovasi memperhalusi format.

[Sumber: TechCrunch / Telegram]

Tags: telegramTelegram Stories
Putra Aziz

Putra Aziz

POPULAR

Telegram Stories kini tersedia untuk semua pengguna, tapi apa beza dengan pelanggan premium?

Telegram Stories kini tersedia untuk semua pengguna, tapi apa beza dengan pelanggan premium?

15 August 2023
CelcomDigi tawar ansuran 0% faedah 6 bulan menerusi SPayLater untuk telefon 5G terpilih

CelcomDigi tawar ansuran 0% faedah 6 bulan menerusi SPayLater untuk telefon 5G terpilih

30 July 2026
Sony Xperia 1 VIII rasmi di Malaysia: Harga RM6,499, pembeli awal dapat WF-1000XM6 percuma

Sony Xperia 1 VIII rasmi di Malaysia: Harga RM6,499, pembeli awal dapat WF-1000XM6 percuma

4 August 2026
Perodua turunkan harga Axia sehingga RM4,700, kini bermula RM33,900

Perodua turunkan harga Axia sehingga RM4,700, kini bermula RM33,900

3 August 2026
Siri Google Pixel 11 bakal dilancar 12 Ogos: Bawa ciri lampu ‘Pixel Glow’ dan cip Tensor G6

Siri Google Pixel 11 bakal dilancar 12 Ogos: Bawa ciri lampu ‘Pixel Glow’ dan cip Tensor G6

31 July 2026
Pemanas air segera Rubine ini cuma 45mm tebal, rekod paling nipis di Malaysia

Pemanas air segera Rubine ini cuma 45mm tebal, rekod paling nipis di Malaysia

31 July 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN