Salah satu perkara asas yang WhatsApp jauh ketinggalan berbanding Telegram adalah perkongsian gambar berkualiti rendah. Bila hantar gambar melalui WhatsApp, ia akan dimampatkan dan penerima akan mendapat gambar yang pecah dan resolusi rendah.
Hari ini, CEO Meta, Mark Zuckerberg mengumumkan pengguna WhatsApp boleh menghantar gambar dan video berkualiti tinggi atau High-Definition (HD). Fungsi ini sebenarnya telah diuji di peringkat Beta pada bulan Jun lepas. Kini, ia terdapat untuk semua pengguna WhatsApp.
Cara untuk menghantar gambar dan video HD sangat mudah. Tetapi kandungan tersebut haruslah HD juga. Gambar atau video berkualiti rendah tidak akan ada pilihan HD.
Menghantar kandungan HD boleh dilakukan seperti menghantar kandungan biasa. Bezanya, semasa memilih gambar atau video, anda perlu memilih logo HD di atas, dan mengesahkan pilihan HD. Kemudian, tekan butang send untuk menghantarnya.
Penerima dan penghantar akan nampak label HD di sudut bawah gambar, menandakan gambar tersebut beresolusi tinggi.
WhatsApp telah menambah banyak fungsi baru tahun ini. Hampir setiap bulan, ada sahaja pengumuman ciri baru ditambah. Awal bulan ini, WhatsApp perkenal ciri kongsi layar dan mod landskap di panggilan video. Akhir bulan Julai pula, WhatsApp membawa ciri hantar video pendek dengan pantas. Pada bulan Jun, WhatsApp umum Channel, cara perkongsian berita sehala.
Anda boleh mengikut pengumuman ciri baru WhatsApp menerusi laporan kami di sini.
[Sumber: Facebook]
Bacaan Berkaitan
- WhatsApp perkenal ciri kongsi skrin dan mod landskap di panggilan video
- WhatsApp kini ada cara sangat mudah hantar video pendek dengan cepat
- WhatsApp kini ada cara mudah hantar mesej tanpa simpan nombor
- WhatsApp melancar Channels, cara baru sebar berita tanpa dikecam
- WhatsApp sedang uji ciri baru untuk hantar gambar di iOS dan Android, apakah ia?