• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

JPJ buka bidaan nombar plat M_M 31 Ogos 2023 ini, harga bermula RM300

  • OLEH Hanif Azrai
  • 9:28 am
  • 30/08/2023
  • Komen
JPJ buka bidaan nombar plat M_M 31 Ogos 2023 ini, harga bermula RM300
Share on FacebookShare on Twitter

Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Malaysia telah mengumumkan yang mereka memperkenalkan siri nombor plat baharu kenderaan untuk dibida. Siri kali ini adalah M_M yang terdiri daripada M1M hinggalah M9999M. Ia bersempena dengan Hari Kebangsaan ke-66 yang bakal disambut tak lama lagi. Bidaan akan dibuka bermula 31 Ogos 2023 ini.

Seperti biasa, mengikut sifir bidaan JPJ sebelum ini, harga bidaan adalah bermula RM300 dan menaik mengikut kategori nombor. Kategori popular adalah bermula RM800, kategori menarik adalah bermula RM3,000 manakala kategori emas bermula RM3,000. Kelazimannya, nombor-nombor premium sudahpun di-lock oleh orang-orang tertentu dan secara tiba-tiba muncul di iklan-iklan media sosial tanpa perlu dibida.



Bidaan boleh dilakukan secara dalam talian di JPJeBid dan sekiranya berjaya, nombor itu akan disimpan selama 12 bulan untuk anda daftarkan ke atas kenderaan baharu. Sekiranya gagal, nombor tersebut akan dilepaskan ke dalam sistem untuk dibida pengguna lain. Keputusan bidaan akan diumumkan pada 5 September 2023 ini.

Penjualan nombor plat dilihat sangat menguntungkan pada kerajaan. Menurut JPJ, dalam tahun 2022 sahaja, mereka memungut RM421 juta hasil jualan nombor plat. Siri FF yang diumumkan awal tahun ini sahaja dilapor menyumbang kepada RM34.3juta kepada kerajaan.



Tags: JPJ
Hanif Azrai

Hanif Azrai

Hanif Azrai ialah seorang Pembangun Kandungan Senior di SoyaCincau BM, portal teknologi #1 Malaysia. Dia menghasilkan kandungan berkualiti tinggi dan berinformasi sejak 2016.

POPULAR

5 Terbaik: Jam pintar bawah RM1,000 dengan GPS, bateri tahan & ciri kesihatan lengkap

5 Terbaik: Jam pintar bawah RM1,000 dengan GPS, bateri tahan & ciri kesihatan lengkap

18 November 2025
Proton Saga MC3 2026 bakal dilancar pada 27 November

Proton Saga MC3 2026 bakal dilancar pada 27 November

20 November 2025
JPJ buka bidaan nombar plat M_M 31 Ogos 2023 ini, harga bermula RM300

JPJ buka bidaan nombar plat M_M 31 Ogos 2023 ini, harga bermula RM300

30 August 2023
Xiaomi akan lancar siri flagship Poco F8 pada 26 November ini

Xiaomi akan lancar siri flagship Poco F8 pada 26 November ini

17 November 2025
SaveME 999: Aplikasi kecemasan baharu kerajaan, tapi sepatutnya lebih mudah digunakan

SaveME 999: Aplikasi kecemasan baharu kerajaan, tapi sepatutnya lebih mudah digunakan

16 November 2025
KKM dilapor u-turn ke sistem MERS 999 lama susulan kegagalan NG MERS 999

KKM dilapor u-turn ke sistem MERS 999 lama susulan kegagalan NG MERS 999

21 November 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER