• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Amazfit Balance: Ada Zepp Pay, boleh lakukan pembayaran tanpa sentuh macam Apple Pay

  • OLEH Hanif Azrai
  • 8:37 am
  • 05/09/2023
  • Komen
Amazfit Balance: Ada Zepp Pay, boleh lakukan pembayaran tanpa sentuh macam Apple Pay
Share on FacebookShare on Twitter

Amazfit ada satu produk jam tangan baharu. Namanya adalah Amazfit Balance. Tidaklah diketahui apakah signifikannya nama Balance pada produk ini tapi ia berkemungkinan besar merujuk kepada keseimbangan pada rupa paras kasual dengan ciri dalaman penjejak kesihatan yang dimilikinya.

Uniknya Amazfit Balance berbanding produk jam tangan mereka yang sedia ada adalah, Amazfit Balance hadir diperkasa Zepp OS 3.0 yang terbaharu. Ia juga adalah produk pertama Amazfit yang menyokong Zepp Pay, ciri pembayaran nir sentuh seperti Apple Pay, Google Pay, Garmin Pay, dan Samsung Pay.



Walau bagaimanapun, setakat ini, Malaysia tidak tersenarai dalam negara yang menyokong Zepp Pay. Harapan untuknya masuk agak tipis kerana Garmin Pay yang sudah berzaman ada dalam jam tangan Garmin tidak masuki Malaysia sampai ke sudah.

Fizikaliti Amazfit Balance sangat mirip kepada Amazfit Cheetah yang kami reviu tempoh hari. Ia ada panel paparan AMOLED sebesar 1.5” dengan bingkai materi aloi aluminum berbanding badan plastik pada Cheetah. Seperti biasa, jam tangan ini kalis air sehingga 5ATM dan ada dua butang fizikal di bahagian sisi badannya.



Satu lagi ciri unik jam tangan ini adalah pada kehadiran Bioelectric Impedance Sensor. Ini juga yang pertama dalam produk Amazfit dan menggunakan sensor ini, Amazfit Balance boleh menganggarkan metrik seperti Body Fat, Bone Mass, Skeletal Muscle, Protein, Muslce, BMI, Body Water Level, dan Basal Metabolisme.

Lain-lain sensor standard masih lagi hadir seperti produk-produk sebelumnya seperti BioTracker 5.0 PPG, Biometric Sensor, akselerometer, giroskop, sensor geomagnetik, tekanan udara, termometer, dan GPS dwijalur.

Daripada segi ketersambungan, Amazfit Balance ada Bluetooth 5.0 dan Wi-Fi 2.4Ghz. Ia juga ada storan dalaman yang boleh digunakan untuk menyimpan lagu untuk didengari kemudian hari menggunakan sambungan Bluetooth terus ke fon putik anda.

Daripada segi ketahanan bateri, Amazfit Balance dilapor mampu beroperasi sehingga 14 hari dengan penggunaan kasual berbekalkan bateri 475mAh. Pengecasan penuh mengambil masa kira-kira 2 jam. Harganya untuk pasaran A.S adalah USD 229 (~RM1,066).

Anda boleh layari laman rasmi produk untuk maklumat lanjut.

Tags: amazfitamazfit balance
Hanif Azrai

Hanif Azrai

Hanif Azrai ialah seorang Pembangun Kandungan Senior di SoyaCincau BM, portal teknologi #1 Malaysia. Dia menghasilkan kandungan berkualiti tinggi dan berinformasi sejak 2016.

POPULAR

Yes tawar iPhone 17 Pro paling mampu milik di Malaysia, dapatkan sekarang

Yes tawar iPhone 17 Pro paling mampu milik di Malaysia, dapatkan sekarang

20 September 2025
BUDI95: Kenapa jumlah di pam RON95 lebih tinggi dari bayaran sebenar? Ini sebabnya

BUDI95: Kenapa jumlah di pam RON95 lebih tinggi dari bayaran sebenar? Ini sebabnya

1 October 2025
Proton e.MAS 5: Harga anggaran RM60K – RM80K, dua varian kini boleh ditempah

Proton e.MAS 5: Harga anggaran RM60K – RM80K, dua varian kini boleh ditempah

7 October 2025
Xiaomi 17, 17 Pro & 17 Pro Max dilancar: Bateri 7,500mAh, kamera Leica & skrin belakang baru

Xiaomi 17, 17 Pro & 17 Pro Max dilancar: Bateri 7,500mAh, kamera Leica & skrin belakang baru

29 September 2025
Amazfit Balance: Ada Zepp Pay, boleh lakukan pembayaran tanpa sentuh macam Apple Pay

Amazfit Balance: Ada Zepp Pay, boleh lakukan pembayaran tanpa sentuh macam Apple Pay

5 September 2023
Samsung jadikan AI lebih mampu milik dengan Galaxy S25 FE

Samsung jadikan AI lebih mampu milik dengan Galaxy S25 FE

7 October 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER