• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Oppo turunkan harga A78 4G sebanyak RM100

  • OLEH Hanif Azrai
  • 12:08 pm
  • 06/09/2023
  • Komen
Oppo turunkan harga A78 4G sebanyak RM100
Share on FacebookShare on Twitter

Oppo Malaysia bawakan satu perkhabaran baik. Mereka telah turunkan harga satu telefon mereka sebanyak RM100 berkuat kuasa serta merta. Telefon yang dimaksudkan adalah Oppo A78. Sewaktu dilancarkan awal Julai 2023, harganya adalah RM999 dan kini anda boleh dapatkannya pada harga RM899.

Sekiranya berminat, anda boleh dapatkannya melalui pengedar-pengedar sah diseluruh negara ataupun secara dalam talian menerusi Lazada ataupun Shopee.



Spesifikasi Oppo A78 4G

Oppo A78 adalah sebuah telefon dengan panel paparan 6.43” beresolusi FHD+. Panel paparan AMOLED itu memiliki kadar segar semula maksimum 90Hz dengan cakupan gamut warna DCI-P3 pada paras 95%. Panel ini dilindungi kaca Corning Gorilla Glass 5 untuk tujuan keselamatan.

Satu ciri menarik telefon ini selain panel paparan AMOLED FHD adalah sistem audio stereo yang dimilikinya. Mungkin tidak yang terbaik namun pada paras harga RM899, agak mengagumkan untuk temui telefon dengan ciri audio dan visual yang baik.



Atas papan utama, telefon ini diperkasa cip Qualcomm Snapdragon 680 dengan satu konfigurasi RAM + Storan ditawarkan iaitu 8GB + 256GB. DI bahagian pengimejan, A78 4G dilengkapi dwikamera belakang yang terdiri daripada kamera utama 50MP dan kamera ultralebar kedua beresolusi 2MP. Untuk kamera selfie, anda boleh gunakan kamera 8MP untuk mengambil gambar.

Bateri berkapasiti 5,000mAH membekalkan tenaga kepada segala komponen elektronik pada telefon ini dan apabila perlu dicas, blok pengecas 67W SuperVOOC disediakan di dalam kotak. Di sebelah port USB-C yang diguna untuk mengecas, anda boleh temui jek audio 3.5mm untuk kemudahan.

Anda boleh layari laman rasmi produk untuk maklumat lanjut.

Tags: androidmobileoppoOppo A78
Hanif Azrai

Hanif Azrai

Hanif Azrai ialah seorang Pembangun Kandungan Senior di SoyaCincau BM, portal teknologi #1 Malaysia. Dia menghasilkan kandungan berkualiti tinggi dan berinformasi sejak 2016.

POPULAR

Oppo turunkan harga A78 4G sebanyak RM100

Oppo turunkan harga A78 4G sebanyak RM100

6 September 2023
Nak Jimat Lebih Masa Raya? PayLater by Grab Tawar Diskaun Sehingga RM35

Nak Jimat Lebih Masa Raya? PayLater by Grab Tawar Diskaun Sehingga RM35

15 March 2026
iPhone bakal terima sokongan 5G SA menerusi kemas kini iOS 26.4

iPhone bakal terima sokongan 5G SA menerusi kemas kini iOS 26.4

16 March 2026
Infinix Note 60 Ultra kini rasmi: Reka bentuk Pininfarina, bateri 7000mAh, harga RM2,999

Infinix Note 60 Ultra kini rasmi: Reka bentuk Pininfarina, bateri 7000mAh, harga RM2,999

13 March 2026
Apakah warna baju melayu Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja semasa umum Hari Raya kali ini?

Apakah warna baju melayu Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja semasa umum Hari Raya kali ini?

22 May 2020
Huawei Mate 80 Pro Malaysia: Kirin 9030 Pro, pengecasan 100W, harga RM3,999

Huawei Mate 80 Pro Malaysia: Kirin 9030 Pro, pengecasan 100W, harga RM3,999

12 March 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN