• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Jabra Elite 8 Active, fon putik paling teguh di dunia boleh dibeli sekarang

  • OLEH Hanif Azrai
  • 1:02 pm
  • 06/09/2023
  • Komen
Jabra Elite 8 Active, fon putik paling teguh di dunia boleh dibeli sekarang
Share on FacebookShare on Twitter

Sekiranya anda sedang cari satu fon putik yang tahan lasak, Jabra ada satu produk khas untuk tujuan tersebut. Mereka mengumumkan Jabra Elite 8 Active, fon putik yang melepasi piawaian keteguhan ketenteraan dan kalis air.

Jabra Elite 8 Active nampak seperti fon putik biasa, tapi ia boleh menyelam di dalam air pada paras sehingga 1.5 meter dalamnya. Ia dimaklumkan memiliki penarafan IP68 bagi membuktikannya disamping pensijilan MIL-STD-810H. Bekasnya pula memiliki penawaran IP54.



Selepas daripada tahap keteguhan yang baik itu, Jabra Elite 8 Active adalah sebuah fon putik yang lengkap ciri-cirinya. Bahagian getah putiknya dibangun menggunakan teknologi Jabra ShakeGrip yang dikatakan akan terletak kemas di dalam telinga walaupun sewaktu aktiviti lasak.

Audio dikeluarkan daripada sepasang pemacu audio 6nm dan ia menyokong teknolog Spatial Audio daripada Dolby untuk pengalaman audio yang lebih menyeluruh. Lagi perkara yang menambah baik pengalaman beraudio dengan Elite 8 Active adalah pada kehadiran Hybird Active Noise Cancellation (Hybrid ANC). Prestasi penyaring hingarnya dilaporkan 1.6 kali ganda lebih baik daripada penyaring hingar Jabra yang biasa.



Sebanyak 6 mikrofon hadir dalam satu set Elite 8 Active untuk berikan kualiti audio sewaktu bersidang video yang terbaik. Menggunakan algoritma penyaring hingar terkini, suara anda akan kekal jelas di pihak satu lagi walaupun anda berada dalam situasi berangin.

Pengeluarnya juga memaklumkan yang Elite 8 Active bakal menyokong teknologi baharu Bluetooth Low Energy Audio. Ciri itu akan diaktifkan melalui kemas kini firmware yang akan disalurkan kelak.

Dengan satu bateri penuh, fon putik ini boleh berikan waktu guna sehingga 8 jam lamanya dengan ANC terpasang. Bekas penyimpannya juga mengandungi bateri dan ia mampu berikan sejumlah 32 jam waktu guna tanpa masalah.

Jabra Elite 8 Active dijual pada harga RM1,049 seunit. Layari laman rasmi produk untuk maklumat lanjut.

Tags: audioJabrajabra elite 8 active
Hanif Azrai

Hanif Azrai

Hanif Azrai ialah seorang Pembangun Kandungan Senior di SoyaCincau BM, portal teknologi #1 Malaysia. Dia menghasilkan kandungan berkualiti tinggi dan berinformasi sejak 2016.

POPULAR

Tarif TNB Baharu Julai 2025: Apa Kesan Pada Bil Elektrik Anda?

Tarif TNB Baharu Julai 2025: Apa Kesan Pada Bil Elektrik Anda?

21 June 2025
Jabra Elite 8 Active, fon putik paling teguh di dunia boleh dibeli sekarang

Jabra Elite 8 Active, fon putik paling teguh di dunia boleh dibeli sekarang

6 September 2023
Honor X6c tiba di Malaysia, telefon murah tahan lasak dengan butang AI boleh suai

Honor X6c tiba di Malaysia, telefon murah tahan lasak dengan butang AI boleh suai

13 June 2025
Garmin Forerunner 570 & 970 kini di Malaysia, jam kecergasan AMOLED dengan fungsi ECG

Garmin Forerunner 570 & 970 kini di Malaysia, jam kecergasan AMOLED dengan fungsi ECG

19 June 2025
Realme C71 akan dilancar pada 12 Jun, hadir dengan bateri 6,300mAh & kamera 50MP

Realme C71 rasmi di Malaysia, telefon bawah RM500 dengan bateri besar 6,300mAh

12 June 2025
Redmi Pad 2 dilancar, tablet murah dengan skrin 11″ 90Hz & bateri besar 9,000mAh

Redmi Pad 2 dilancar, tablet murah dengan skrin 11″ 90Hz & bateri besar 9,000mAh

20 June 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER