• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Vivo V29 akan tiba ke Malaysia, adakah ini telefon kalis air IP68 bawah RM2,000?

  • OLEH Najib
  • 12:08 pm
  • 12/09/2023
  • Komen
Vivo V29 akan tiba ke Malaysia, adakah ini telefon kalis air IP68 bawah RM2,000?
Share on FacebookShare on Twitter

Vivo Malaysia telah melancarkan telefon pintar Vivo V27 awal tahun ini, dilengkapi cahaya lampu ‘Aura Portrait’ untuk tangkapan gambar yang lebih semulajadi. Kini Vivo Malaysia menyatakan, mereka akan melancar model lebih baharu tidak lama lagi.

Model baru tersebut adalah Vivo V29 5G, dengan warna ungu ‘Starry Purple’ diiklankan sebagai warna utamanya, di samping warna hitam. Buat masa ini, Vivo Malaysia masih merahsiakan tarikh pelancarannya tetapi mereka mengadakan satu pertandingan untuk meraikan pelancaran ini.



Pertandingan ‘Starry Night Wishes Where Dreams Come True’ mengajak orang ramai untuk berkongsi gambar bintang di langit malam, bagi merealisasikan impian. Hadiah yang disediakan berupa tiket masuk ke acara ‘Night of Fright’ di Sunway Pyramid. Tarikh tutup penyertaan adalah pada 20 September 2023.

Langkah untuk menyertai pertandingan ini adalah seperti berikut:



  1. Sertai Facebook vivo Malaysia Official Community
  2. Kongsikan gambar bintang di langit malam dan nyatakan impian anda
  3. Sertakan tanda pagar #vivoV295G #vivoV29StarryPurple #vivoV29MakeYourWish pada status gambar tersebut
  4. Tag 3 rakan dan ajak mereka sertai pertandingan

Di samping itu, orang ramai dijemput untuk melihat sendiri telefon pintar Vivo V29 sebelum dilancarkan pada hari Sabtu ini, 16 September 2023 di Pavilion Bukit Jalil. Ia akan dipamerkan di Vivo Concept Store yang terletak di tingkat 4, Lot 4.85.00, dari pukul 1 petang hingga 4 petang.

Spesifikasi Vivo V29 5G

Vivo Malaysia belum mendedahkan sepenuhnya spesifikasi Vivo V29 5G, tetapi ada berkongsi beberapa maklumat penting di laman web rasmi. Antaranya, telefon ini akan disertakan RAM sehingga 12GB dan storan dalaman sehingga 512GB.

Ia juga dilengkapi skrin melengkung AMOLED dengan resolusi 1.5K dan kadar penyegaran 120Hz. Terdapat lubang kecil di dahi skrin, menempatkan kamera hadapan 50MP dengan autofokus.

Tarikan utama Vivo V29 5G sudah pasti tentang kameranya dengan cahaya lembut Aura Light. Dari gambar rasmi, terdapat tiga kamera belakang dengan satu lampu Aura Light dan satu lagi LED Flash yang lebih cerah.

Tetapi adakah Vivo V29 5G yang akan dilancar di Malaysia nanti, sama dengan versi global? Di laman web Vivo Global, ia menyenaraikan Vivo V29 5G dengan pemproses Snapdragon 778G 5G yang agak berusia. Baterinya berkapasiti 4,600mAh dan menyokong pengecasan pantas 80W.

Selain kamera hadapan 50MP dengan autofokus, Vivo V29 5G memiliki kamera utama 50MP dengan OIS, kamera ultralebar 8MP dan kamera monokrom 2MP.

Skrin AMOLED 1.5K padanya memiliki resolusi 2800×1260 dan pengimbas capjari terbina di dalamnya. Sistem operasi yang digunakan adalah FunTouch OS 13, berasaskan Android 13.

Tetapi satu perkara paling menarik perhatian adalah, Vivo V29 5G dikatakan kalis air dan debu IP68. Jika ini benar dan Vivo Malaysia mampu mengekalkan harga yang serupa dengan Vivo V27 lepas, maka kita akan melihat peranti kalis air baru di bawah RM2,000 yang mampu menyaingi Galaxy A34 dan Galaxy A54.

Sama-sama kita nantikan majlis pelancaran Vivo V29 5G di Malaysia tidak lama lagi.

Bacaan Berkaitan

  • Vivo V27 dilancar dengan kamera swafoto 50MP autofokus dan pengecas 66W
  • Vivo Y78 5G perkenal skrin AMOLED 3D dan kamera OIS pada harga lebih mampu milik
  • Vivo Y36 5G dilancar, telefon mampu milik dengan jaminan 2 tahun dan fon telinga TWS percuma
Tags: mobilevivoVivo V29
Najib

Najib

POPULAR

Vivo V29 akan tiba ke Malaysia, adakah ini telefon kalis air IP68 bawah RM2,000?

Vivo V29 akan tiba ke Malaysia, adakah ini telefon kalis air IP68 bawah RM2,000?

12 September 2023
Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

25 February 2025
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024
Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

19 February 2025
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024
TIPS: 5 Cara semak kiblat dengan tepat jika anda tidak jumpa arah kiblat

TIPS: 5 Cara semak kiblat dengan tepat jika anda tidak jumpa arah kiblat

6 April 2023

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER