• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Jenama AirAsia

AirAsia Digital kini adalah Move, aplikasi SuperApp akan diubah nama kepada AirAsia Move

  • OLEH Najib
  • 6:19 pm
  • 18/09/2023
  • Komen
AirAsia Digital kini adalah Move, aplikasi SuperApp akan diubah nama kepada AirAsia Move
Share on FacebookShare on Twitter

Capital A adalah syarikat induk yang memayungi empat perkhidmatan utama perniagaan mereka iaitu penerbangan, digital, logistik dan perkhidmatan penerbangan. Hari ini, mereka mengumumkan perubahan nama untuk AirAsia Digital, menjadi Move. Nama syarikat Airasia Digital Sdn Bhd akan ditukar kepada MOVE Digital Sdn Bhd.

Cabang perniagaan Capital A

Terdapat dua perniagaan utama di bawah AirAsia Digital sebelum ini, iaitu AirAsia SuperApp dan Bigpay. Dengan nama baru Move, ia turut memberi perubahan kepada aplikasi mereka. Dari AirAsia SuperApp kepada AirAsia Move. Untuk Bigpay, tiada perubahan nama dibuat. Warna tema juga akan ditukar daripada merah, kepada hijau.



Perubahan nama ini diumumkan oleh CEO Capital A, Tony Fernandes dalam satu majlis bersama pengamal media. Dalam pengumuman yang sama, Tony Fernandes mengumumkan dirinya sebagai Pengerusi Eksekutif untuk Move. Manakala jawatan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Move pula diberikan kepada Nadia Omer. Nadia akan menggantikan tempat yang dipangku oleh Mohamad Hafidz, bermula 26 Oktober 2023.

Tony Fernandes berkata, “Nama MOVE menandakan kami lebih baik sebagai cabang digital Capital A, dan mengulangi komitmen kami untuk menggerakkan orang, idea dan inovasi ke hadapan dalam ruang perjalanan. Bayangkan akses lancar kepada perkhidmatan perjalanan dan kewangan pada satu platform, dengan ciri kewangan bersepadu seperti paparan baki, tambah nilai dan pembayaran daripada BigPay dan mengukuhkan lagi cadangan nilai pergerakan airasia sebagai aplikasi perjalanan pilihan. Peranan saya sebagai Pengerusi Eksekutif MOVE adalah untuk meningkatkan sinergi antara kedua-dua perniagaan. Dengan perubahan ini, pasaran boleh mengharapkan pengalaman pengguna yang memperkaya selain daripada lebih banyak penyepaduan ciri BigPay dalam airasia Superapp (kini airasia move) tidak lama lagi.”



Perubahan nama aplikasi AirAsia SuperApp kepada AirAsia Move akan dibuat secara berperingkat. Ia dijangka akan selesai sebelum akhir tahun 2023.

Dengan nama baru, AirAsia mahu memperkukuh perkhidmatan mereka dalam bentuk pergerakan dengan menjadi pusat sehenti antaranya tempahan tiket lebih 700 penerbangan, tempahan hotel, membeli-belah, penghantaran makanan, pengangkutan darat, insuran perjalanan, serta ganjaran penggunaan dan sokongan komuniti daripada ahli-ahli.

AirAsia juga mahu mengintegrasi sistem pembayaran BigPay dengan lebih mendalam di dalam aplikasi AirAsia Move. Selain pilihan pembayaran melangkaui gerbang Visa dan MasterCard, Bigpay juga menawarkan perkhidmatan kewangan seperti pengeluaran tunai, penghantaran wang pantas ke luar negara, pembayaran QR, pinjaman peribadi serta akan melancarkan lebih banyak perkhidmatan pembayaran bil, insuran dan menyimpan.

Bacaan Berkaitan

  • AirAsia umum kerjasama dengan FoodPanda, gabung kepakaran pengangkutan dan penghantaran makanan
  • BigPay henti tambah nilai percuma kad kredit, mula caj bayaran luar negara dalam MYR
  • Tony pecat AVA, lantik Ask Bo sebagai chatbot baru AirAsia
  • AirAsia Community, Chat, dan Gifts dilancar, pusat sehenti pengembara rentas sempadan pertama seumpamanya
Tags: AirAsiaAirAsia DigitalAirAsia MoveAirasia Super AppbigpayMove
Najib

Najib

POPULAR

Now Brief di Galaxy S25: Ciri yang mudahkan hidup tanpa anda sedar

Now Brief di Galaxy S25: Ciri yang mudahkan hidup tanpa anda sedar

24 December 2025
AirAsia Digital kini adalah Move, aplikasi SuperApp akan diubah nama kepada AirAsia Move

AirAsia Digital kini adalah Move, aplikasi SuperApp akan diubah nama kepada AirAsia Move

18 September 2023
AEON Bank Tawarkan Pembiayaan Peribadi-i Untuk Bantu Ringankan Kekangan Bajet

AEON Bank Tawarkan Pembiayaan Peribadi-i Untuk Bantu Ringankan Kekangan Bajet

25 December 2025
AI dalam fotografi: Bagaimana telefon pintar ubah cara kita ambil gambar hari ini

AI dalam fotografi: Bagaimana telefon pintar ubah cara kita ambil gambar hari ini

31 December 2025
Siri Oppo Reno 15 tiba di Malaysia dengan kamera 200MP & bateri 7,000mAh, dari RM1,499

Siri Oppo Reno 15 tiba di Malaysia dengan kamera 200MP & bateri 7,000mAh, dari RM1,499

6 January 2026
Yes perkenal Jalur Lebar 5g advanced pertama di Malaysia, datang bersama percuma iQIYI satu tahun

Yes perkenal Jalur Lebar 5g advanced pertama di Malaysia, datang bersama percuma iQIYI satu tahun

13 January 2026

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER