• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Youtube Create diperkenal, aplikasi edit video mudah guna dan percuma seperti CapCut

  • OLEH Najib
  • 2:47 pm
  • 26/09/2023
  • Komen
Youtube Create diperkenal, aplikasi edit video mudah guna dan percuma seperti CapCut
Share on FacebookShare on Twitter

YouTube telah mengadakan acara ‘Made on YouTube’ di mana mereka memperkenalkan beberapa perkara baharu kepada orang ramai. Antaranya menambah kuasa AI yang dipanggil Dream Screen di mana video atau gambar yang dijana AI boleh ditambah kepada Shorts dengan hanya menaip perkataan yang berkaitan. YouTube juga mengumumkan ‘Aloud’, pengalih suara AI yang mampu mengubah bahasa percakapan di dalam video.

Perkara paling menarik yang diumumkan adalah ‘YouTube Creator‘. Ia adalah aplikasi suntingan video yang mudah tetapi banyak fungsi dan percuma, seperti yang ditawarkan oleh CapCut. Malah, suntingan ini tidak terhad kepada video pendek atau YouTube Shorts sahaja, tetapi turut boleh digunakan untuk video panjang.



Antara fungsi suntingan yang terdapat di aplikasi ini adalah seperti memangkas video pada saat yang tepat, menambah teks dan elemen animasi, menambah bunyi dan suara, menyunting bunyi, menambah kapsyen, menggunakan penapis dan kesan khas, serta banyak lagi. Pengguna juga disajikan dengan pelbagai pilihan lagu bebas hakcipta.

Ketersediaan dan muat turun

Aplikasi YouTube Create boleh dimuat turun secara percuma menerusi Google Playstore. Ia juga menyebut, hanya telefon Android dengan RAM sekurang-kurangnya 4GB boleh menggunakan aplikasi ini. Peranti lain akan dapat menggunakan aplikasi ini di masa akan datang.



Bagaimanapun, buat masa ini YouTube Create hanya boleh digunakan di 8 negara sahaja iaitu Perancis, Jerman, India, Indonesia, Singapura, Korea Selatan, United Kingdom dan Amerika Syarikat. Walaupun dua negara jiran kita tersenarai, Malaysia masih belum tersedia.

Harapnya YouTube tidak membuatkan rakyat Malaysia kena tunggu terlalu lama.

[Sumber: YouTube]

Tags: GoogleMade on YouTubeYouTubeYouTube Create
Najib

Najib

POPULAR

Youtube Create diperkenal, aplikasi edit video mudah guna dan percuma seperti CapCut

Youtube Create diperkenal, aplikasi edit video mudah guna dan percuma seperti CapCut

26 September 2023
Xiaomi TV Stick 4K Gen-2 dilancar, tukar TV biasa jadi Google TV pada RM219

Xiaomi TV Stick 4K Gen-2 dilancar, tukar TV biasa jadi Google TV pada RM219

20 February 2026
Guna kalkulator ini untuk kira amaun KWSP Akaun 3 yang boleh dikeluarkan

Guna kalkulator ini untuk kira amaun KWSP Akaun 3 yang boleh dikeluarkan

8 May 2024
Infinix Note 60 Pro dilancar dengan Snapdragon 7s Gen 4 & paparan Active Matrix

Infinix Note 60 Pro dilancar dengan Snapdragon 7s Gen 4 & paparan Active Matrix

27 February 2026
iQoo 15R 15R tiba di Malaysia dengan Snapdragon 8 Gen 5, bateri 7,600mAh, dari RM2,499

iQoo 15R 15R tiba di Malaysia dengan Snapdragon 8 Gen 5, bateri 7,600mAh, dari RM2,499

2 March 2026
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN