• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Xiaomi Watch 2 Pro, jam pintar sokong 4G LTE, Google Wear OS & Snapdragon

  • OLEH Putra Aziz
  • 7:54 pm
  • 27/09/2023
  • Komen
Xiaomi Watch 2 Pro, jam pintar sokong 4G LTE, Google Wear OS & Snapdragon
Share on FacebookShare on Twitter

Semasa pelancaran siri Xiaomi 13T, Xiaomi juga telah memperkenalkan jam pintar terbaru mereka iaitu Xiaomi Watch Pro 2. Yang menariknya, berbanding MIUI, jam ini menggunapakai sistem operasi Wear OS oleh Google dan dikuasakan cip Snapdragon W5+ Gen 1 yang menyokong 4G LTE.

Harga rasminya di Malaysia

Untuk ketersediaan Xiaomi Watch 2 Pro, pihak Xiaomi masih belum mengumumkan tarikh bila ia akan mula dijual di Malaysia. Namun, maklumat berkenaan harga telahpun didedahkan Xiaomi dan ia adalah seperti berikut:



  • Xiaomi Watch 2 Pro – RM1,199

Jika ia dilancarkan kelak, anda boleh mendapatkannya sebuah Xiaomi Watch 2 Pro di stor rasmi Xiaomi di Lazada dan Shopee, ataupun di kedai fizikal Xiaomi Store serta pengedar sah Xiaomi di seluruh Malaysia.

Spesifikasi Xiaomi Watch 2 Pro

Xiaomi Watch 2 Pro menggunakan rekaan berbentuk bulat dengan berdiameter 46mm. Pada badan itu dimuatkan skrin AMOLED 1.43 inci dengan resolusi 466 x 466 piksel, serta skrinnya ada kecerahan puncak sehingga 600 nits. Badan jam diperbuat daripada bahan kelulli tahan lasak dan terdapat tombol boleh berputar di sisi jam bersama dua butang untuk fungsi.



Sistem operasi yang dijalankan adalah Wear OS oleh Google. Dengan itu, ia dapat membenarkan pengguna mengakses pelbagai perkhidmatan Google terus dari jam seperti Google Maps, Google Wallet dan Google Assistant.

Jam ini diperkasa cip Snapdragon W5+ Gen 1 berprestasi tinggi yang turut digabungkan bersama RAM 2GB serta storan 32GB. Dengan penggunaan cip itu juga, ia menjadikan jam menyokong sambungan 4G LTE menerusi eSIM. Ini juga bermakna anda boleh membuat panggilan menggunakan jam tanpa perlukan telefon, menggunakan mikrofon dan speaker yang terbina.

Selain itu, ia juga boleh berhubung menggunakan Bluetooth 5.2 dan WiFi, serta boleh menerima isyarat satelit GNSS secara dwi-band untuk mengesan lokasi pemakai ketika bersukan.

Terdapat lebih 150 mod kecergasan yang dilengkapi jam ini yang mana dipacu oleh sensor-sensor yang ada pada jam. Ini termasuk sensor barometer, sensor kompas elektronik, sensor kadar degupan jantung dan sensor analisis bioelektrikal. Jam ini juga dilengkapi dengan ciri untuk memantau tidur, kadar degupan jantung, paras SpO2 serta boleh mengukur info komposisi badan.

Bahagian baterinya berkapasiti 495mAh, dengan Xiaomi mendakwa ia mampu bertahan sehingga 65 jam. Untuk kegunaan dalam air jam ini mempunyai penarafan 5ATM, dan ia tersedia dalam dua pilihan warna iaitu perak dan hitam, serta ditawarkan dengan tali jam jenis kulit dan getah dalam pelbagai warna.

Untuk ketahui lebih lanjut, anda boleh layari laman produk Xiaomi Watch 2 Pro.

Tags: xiaomiXiaomi Watch 2 Pro
Putra Aziz

Putra Aziz

POPULAR

realme 15 Pro: Peneman AI Terbaik untuk Setiap Detik Malam

realme 15 Pro: Peneman AI Terbaik untuk Setiap Detik Malam

18 September 2025
eKYC sebelum 20 Disember 2024 atau akses TNG eWallet anda dihalang

BUDI95: Ini cara beli RON95 pada harga RM1.99/L guna TNG eWallet

23 September 2025
Yes tawar iPhone 17 Pro paling mampu milik di Malaysia, dapatkan sekarang

Yes tawar iPhone 17 Pro paling mampu milik di Malaysia, dapatkan sekarang

20 September 2025
Xiaomi Watch 2 Pro, jam pintar sokong 4G LTE, Google Wear OS & Snapdragon

Xiaomi Watch 2 Pro, jam pintar sokong 4G LTE, Google Wear OS & Snapdragon

27 September 2023
Gabungan ketahanan, kelancaran & gaya dalam satu telefon, itulah OPPO A6 Pro 5G

Gabungan ketahanan, kelancaran & gaya dalam satu telefon, itulah OPPO A6 Pro 5G

24 September 2025
Honor X9d 5G dilancar: Telefon tahan lasak IP69K, bateri 8,300mAh & dapat percuma tablet

Honor X9d 5G dilancar: Telefon tahan lasak IP69K, bateri 8,300mAh & dapat percuma tablet

24 September 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER