• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

CMF Buds Pro oleh Nothing tiba di Malaysia, fon putik dengan ANC 45db & penarafan IP54

  • OLEH Putra Aziz
  • 4:56 pm
  • 28/09/2023
  • Komen
CMF Buds Pro oleh Nothing tiba di Malaysia, fon putik dengan ANC 45db & penarafan IP54
Share on FacebookShare on Twitter

Sebelum ini, Nothing ada mengumumkan mereka bakal melancarkan jenama mampu milik yang dinamakan CMF by Nothing. Kini, jenama dari Nothing itu akhirnya melancarkan tiga produk terbarunya untuk pasaran Malaysia yang terdiri daripada fon putik Buds Pro, jam pintar Watch Pro dan pengecas GaN 65W.

Harga dan ketersediaan barisan produk CMF

Orang ramai boleh mula mendapatkan ketiga-tiga produk ini bermula Selasa, 10 Oktober 2023. Harga rasmi untuk ketiga-tiga produk terbaru CMF by Nothing adalah seperti berikut:



  • Fon putik CMF Buds Pro – RM239
  • Jam pintar CMF Watch Pro – RM339
  • Pengecas CMF Power 65W GaN charger – RM189

Jika anda berminat untuk dapatkannya, bermula 10 Oktober ia boleh didapati khas hanya di stor rasmi CMF by Nothing di Lazada. Pengguna juga boleh dapatkannya di semua pengedar sah Nothing iaitu DirectD, TMT, Urban Republic, Vivid Concept, Tac Mobile dan Switch Solution.

CMF Buds Pro

Rekaan fon putik CMF Buds Pro tidak menggunakan rekaan lutsinar yang dipopularkan oleh Nothing, menjadikan rupanya tidak se-premium penawaran fon putik Nothing. Namun, ia masih menggunakan rekaan bertangkai, dengan ditampal grafik CMF padanya.



Ia dilengkapi dengan penyaring hingar aktif hibrid 45db yang mampu menapis bunyi luar sehingga 5,000 Hz. Sebagai perbandingan, Nothing Ear 2 ada tahap ANC yang lebih rendah pada 40db. Selain itu, fon putik CMF ini juga mampu mengurangkan bunyi angin yang masuk menggunakan algoritma, yang didayakan dari pembukaan yang diposisikan dengan paling optimal.

Fon putik ini juga dimuatkan enam mikrofon berdefinisi tinggi bersama Clear Voice Technology untuk mengurangkan bunyi hingar pemanggil semasa panggilan. Berkenaan audio, bunyinya dipacu dari pemacu tersuai dengan diafragma diperbuat daripada Liquid Crystal Polymer (LCP) dan polyurethane untuk bunyi yang tepat dan bass berdentum.

Hayat bateri yang dinyatakan adalah sehingga 11 jam masa penggunaan dalam satu isian penuh bersama ANC dimatikan, atau sehingga 39 jam bersama bekas pengecas. Terdapat pengecasan pantas berikan fon putik bertahan 5 jam dengan hanya mengecas 10 minit, serta fon putik memiliki penarafan percikan air dan debu IP54.

Sambungan mudah boleh dilakukan kerana ia menyokong Google Fast Pair dan Microsoft Swift Pair menggunakan sambungan Bluetooth 5.3. Untuk lebih kawalan, CMF Buds Pro boleh disambungkan pada aplikasi Nothing X. Ia tersedia dalam tiga pilihan warna iaitu oren, kelabu gelap dan kelabu cerah.

Untuk maklumat lebih lanjut, anda boleh layari laman produk CMF Buds Pro.

Tags: CMFCMF Buds Procmf by nothing
Putra Aziz

Putra Aziz

POPULAR

CMF Buds Pro oleh Nothing tiba di Malaysia, fon putik dengan ANC 45db & penarafan IP54

CMF Buds Pro oleh Nothing tiba di Malaysia, fon putik dengan ANC 45db & penarafan IP54

28 September 2023
Infinix Note 60 Pro dilancar dengan Snapdragon 7s Gen 4 & paparan Active Matrix

Infinix Note 60 Pro dilancar dengan Snapdragon 7s Gen 4 & paparan Active Matrix

27 February 2026
Guna kalkulator ini untuk kira amaun KWSP Akaun 3 yang boleh dikeluarkan

Guna kalkulator ini untuk kira amaun KWSP Akaun 3 yang boleh dikeluarkan

8 May 2024
Xiaomi TV Stick 4K Gen-2 dilancar, tukar TV biasa jadi Google TV pada RM219

Xiaomi TV Stick 4K Gen-2 dilancar, tukar TV biasa jadi Google TV pada RM219

20 February 2026
Honor Magic V6 rasmi, telefon lipat pertama kalis air IP69 dengan bateri besar 6,660mAh

Honor Magic V6 rasmi, telefon lipat pertama kalis air IP69 dengan bateri besar 6,660mAh

2 March 2026
iQoo 15R 15R tiba di Malaysia dengan Snapdragon 8 Gen 5, bateri 7,600mAh, dari RM2,499

iQoo 15R 15R tiba di Malaysia dengan Snapdragon 8 Gen 5, bateri 7,600mAh, dari RM2,499

2 March 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN