• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

TikTok Shop hentikan operasi di Indonesia. Malaysia bakal menyusul?

  • OLEH Hanif Azrai
  • 11:12 am
  • 04/10/2023
  • Komen
TikTok Shop hentikan operasi di Indonesia. Malaysia bakal menyusul?
Share on FacebookShare on Twitter

TikTok akan menghentikan ciri TikTok Shop untuk pengguna dalam negara Indonesia bermula 5 petang waktu tempatan pada 4 Oktober 2023. Ia berikutan kegagalan mereka memenuhi garis masa 7 hari yang ditetapkan kerajaan Indonesia untuk pembangunnya memisahkan TikTok Shop ke dalam satu aplikasi khas untuk e-dagang.

Sebenarnya isu ini telah pun viral sejak 27 September 2023 lagi apabila kerajaan Indonesia mengumumkan undang-undang baharu yang mengharamkan platform media sosial daripada menawarkan perkhidmatan e-dagang. Undang-undang ini tentu sekali memberi kesan kepada TikTok kerana ia bermula dengan platform media sosial dan ciri e-dagang dimasukkan kemudian hari.



Kerajaan Indonesia memberikan rasional ingin melindungi peniaga tempatan yang membuka kedai fizikal daripada menerima kesan daripada kepopularan TikTok Shop. Dilaporkan yang TikTok Indonesia mempunyai kira-kira 125 juta pengguna aktif dan mereka memanfaatkan data sosial yang dipungut untuk mengiklankan produk-produk e-dagang dalam TikTok Shop.

Pihak berkuasa juga perlu memantau platform yang ingin menjadi media sosial, kedai, laman e-dagang, dan bank dalam satu aplikasi.



TikTok dalam tahun 2020 telahpun dikenakan cukai VAT oleh kerajaan Indonesia pada kadar 10% bersama-sama entiti lain seperti Facebook, Disney, Apple, dan banyak lagi syarikat yang menyediakan perkhidmatan digital di dalam negara itu.

Menurut undang-undang Indonesia, entiti luar negara yang menjual produk digital di dalam negara itu perlu membayar cukai VAT 10% apabila meraih IDR600 juta (~RM181 ribu) setahun atau menerima trafik pengguna sebanyak 12,000 pengguna.

TikTok Shop memulakan operasi mereka di Indonesia dalam bulan April 2021, di Malaysia dalam bulan April 2022 dan di A.S dalam bulan September 2023 yang lalu.

Sumber: Techniasia, 2, Reuters

Bacaan berkaitan

TikTok sedang menguji pelan berbayar tanpa iklan, macam YouTube

Kesatuan Eropah saman TikTok RM1.7 billion kerana culas aspek perlindungan data pengguna kanak-kanak

Tiktok kini bolehkan pengguna muat naik kandungan teks, nak bersaing dengan Twitter?

Tags: TikTokTikTok Shop
Hanif Azrai

Hanif Azrai

Hanif Azrai ialah seorang Pembangun Kandungan Senior di SoyaCincau BM, portal teknologi #1 Malaysia. Dia menghasilkan kandungan berkualiti tinggi dan berinformasi sejak 2016.

POPULAR

Tarif TNB Baharu Julai 2025: Apa Kesan Pada Bil Elektrik Anda?

Tarif TNB Baharu Julai 2025: Apa Kesan Pada Bil Elektrik Anda?

21 June 2025
TikTok Shop hentikan operasi di Indonesia. Malaysia bakal menyusul?

TikTok Shop hentikan operasi di Indonesia. Malaysia bakal menyusul?

4 October 2023
Honor X6c tiba di Malaysia, telefon murah tahan lasak dengan butang AI boleh suai

Honor X6c tiba di Malaysia, telefon murah tahan lasak dengan butang AI boleh suai

13 June 2025
Realme C71 akan dilancar pada 12 Jun, hadir dengan bateri 6,300mAh & kamera 50MP

Realme C71 rasmi di Malaysia, telefon bawah RM500 dengan bateri besar 6,300mAh

12 June 2025
Garmin Forerunner 570 & 970 kini di Malaysia, jam kecergasan AMOLED dengan fungsi ECG

Garmin Forerunner 570 & 970 kini di Malaysia, jam kecergasan AMOLED dengan fungsi ECG

19 June 2025
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER